Thursday, 15 March 2012

Menyembunyikan....

Didalam Alkitab terdapat Firman Tuhan yang berbunyi: "Lebih baiklah orang yang menyembunyikan kebodohannya daripada yang menyembunyikan kebijaksanaannya"(Sirakh 41:15). Firman Tuhan ini membawa kita untuk merenung dan bertanya kepada diri kita sendiri, "Apakah kebiasaan kita? Menunjukkan kebodohan kita atau kebijaksanaan kita?

Memang tidak baik dan tidak bijak kalau kita menunjukkan kebodohan atau kelemahan kita dihadapan orang. Sebab itu, adalah lebih baik kebodohan atau kelemahan kita itu disimpan didalam hati saja. Kita saja yang tahu. Janganlah diheboh-hebohkan kelemahan diri sendiri nanti sendiri juga yang malu besar! Misalnya kita tidak tahu memandu kereta, janganlah berlagak pula seperti orang yang pandai memandu. Kalau ada orang yang bertanya, akui saja kelemahan sendiri. Janganlah malu-malu mengaku kelemahan diri sendiri. Biasanya kalau kita mengaku kelemahan kita, orang akan lebih bersimpati dan sedia memberi bantuan kepada kita sekiranya kita meminta pertolongan daripada mereka. Pendek kata, kita mestilah bersikap iklas dan jujur didalam hal yang melibatan kelemahan diri kita. Janganlah berlagak pandai kalau tak pandai. Nanti kedapatan sendiri juga yang malu!

Dan kalau kita ada kebijaksanaan, jangan pula terlalu menunjuk-nunjuk dan meminta puji atau bersifat "masuk bakul angkat sendiri." Kerana sikap seperti ini tidak disenangi dan tidak disukai oleh orang. Malah boleh menimbulkan kebencian. Sebab itu, kalau kita ada kebijaksanaan janganlah minta puji dan bersikap tinggi hidung. Disamping itu janganlah bersifat kedekut dimana kita tidak memberi kebijaksanaan kita kepada orang lain. Bahagikanlah atau sharingkanlah apa juga kebijaksanaan yang ada pada diri kita kepada orang lain. Pendek kata, jangan simpan kebijaksanaan itu untuk diri sendiri sahaja tetapi bahagiakan juga kepada orang lain terutama sekali kepada golongan yang memerlukannya.

Jestu itu, marilah kita "menyembunyikan "kebodohan" kita dan mengsharingkan atau membahagiakan "kebijaksanaan kita kepada sesama tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan pujian. Amin.

Alkitab

Pengenalan

Alkitab merupakan buku atau Kitab rasmi bagi orang-orang Kristian. Ia diperakui sebagai Firman Tuhan. Sebab itu, buku ini adalah buku yang terpenting sekali dan tersuci sekali didalam agama Kristian.

Secara am, terdapat dua bahagian Alkitab yang utama. Bahagian pertama dipanggil Perjanjian Lama dan bahagian yang kedua pula dikenali sebagai Perjanjian Baru. Kedua-dua bahagian ini membentuk satu Alkitab dan masing-masing bahagian mempunyai kitab-kitab atau buku-buku yang tersendiri. Walau bagaimana pun, bilangan kitab didalam setiap bahagian mempunyai sedikit perbezaan. Ini adalah bergantung kepada setiap Gereja. Tetapi secara am, terdapat dua jenis atau versi Alkitab. Satu Alkitab versi Katolik dan satu lagi adalah versi Protestan.

Versi Alkitab

Alkitab versi Katolik secara sah mempunyai 73 kitab dimana dibahagian Perjanjian Lama mengandungi 46 kitab dan Perjanjian Baru mempunyai 27 kitab.

Alkitab versi Protestan biasanya mempunyai 39 kitab dibahagian Perjanjian Lama dan 27 kitab di bahagian Perjanjian Baru. Ini bererti jumlah kitab-kitab yang terdapat didalam Alkitab versi Protestan adalah 66 kitab sahaja, iaitu kurang 7 kitab berbanding dengan Alkitab versi Katolik. Inilah sebabnya, ada yang beranggapan bahawa Alkitab versi Katolik ini dianggap sebagai Alkitab yang Lengkap. Tambahan pula, Alkitab didalam bentuk inilah yang digunakan lebih daripada 1000 tahun sebelum munculnya alkitab versi Protestan.


Deuterokanonika

Kitab-Kitab yang dikategorikan sebagai Kitab Deuterokanonika iaitu kitab-kitab Tobit, Yudit, Sirakh, Barukh, Yeremia, 1 Makabe dan 2 Makabe tidak terkandung didalam Alkitab versi Protestan. Kerana kitab-kitab ini dianggap sebagai kitab-kitab yang tidak diilhamkan oleh Tuhan menurut pandangan mereka tetapi baik untuk dibaca. Walau bagaimana pun, sejak kebelakangan ini, banyak juga gereja-gereja yang lain mula menghargai Kitab-kitab ini dan menerimanya sebagai kitab yang diilhamkan oleh Tuhan. Antara gereja-gereja berkenaan ialah gereja-gereja yang beraliran Orthodox and Anglikan.

Penutup

Bagi kita orang-orang Kristian, Alkitab adalah Firman Tuhan dan ia adalah Buku Suci kita. Sebab itu, marilah menjadikannya sebagai Buku Pegangan, dan landasan serta dasar kehidupan kita setiap hari sebagai orang-orang Kristian. Jestru itu, marilah kita luangkan masa utnuk membaca, merenung dan menterjemahkan pengajarannya didalam kehidupan kita setiap hari selaku orang Kristian. Pendek kata, marilah kita rajin-rajinlah membaca Alkitab dan jangan lupa hidup mengikut pengajarannya. Dan kalau belum memiliki Alkitab, sila dapat senaskah Alkitab dengan segera. Amin.

Pedoman membaca Alkitab

Alkitab adalah Firman Tuhan. Sebab itu, sangat penting sekali kita selaku orang yang beriman kepada Tuhan membacanya. Kerana kalau kita tidak membacanya maka, kita akan lupa pengajaran Tuhan yang terdapat didalam Alkitab. Jestru itu, adalah sangat baik jika kita membacanya setiap hari dan secara tetap. Berikut adalah beberapa panduan asas apabila membaca Alkitab:

01. Dapatkan senaskah Alkitab. Kerana kalau kita pinjam milik orang, ini mungkin akan menyebabkan aksi membaca Alkitab akan tergendala. Kerana pemiliknya juga mahu membacanya. Jadi dapatkan sebuah buku Alkitab sendiri;

02. Tetapkan masa yang sesuai untuk membacanya. Kalau jam 7.00 malam atau awal pagi misalnya jam 5.30 pagi sesuai sekali bagi anda untuk membaca Alkitab maka, jadikanlah masa ini sebagai masa yang tetap untuk anda membaca Alkitab.

03.Berdoalah sebelum membaca Alkitab. Mohonlah kekuatan batin dan fisikal daripada Tuhan agar anda dapat membaca Alkitab tanpa apa-apa gangguan;

04.Buka dan bacalah Alkitab.Jangan buka saja tetapi tidak membaca;

05. Hayati dan renunglah apa yang anda baca dari Alkitab.;

06. Buatlah resolusi atau satu plan tindakan bagaimana anda dapat melakukan didalam hidup anda sesuai dengan apa yang anda baca daripada Alkitab. Misalnya bacaan itu berkenaan dengan hal mengampuni. Fikirlah siapa yang telah menyakiti hatimu namun belum anda ampuni meskipun dia telah meminta pengampunan daripadamu. Maafkanlah orang berkenaan. Atau anda telah bersalah tetapi belum lagi meminta maafkan kepada orang yang anda sakiti. Pergilah kepadanya dan nyatakanlah penyesalanmu dan mohonlah kemaafan daripadanya;

07. Doa penutup:Sebelum menamatkan aktiviti rohani anda iaitu membaca, dan merenung Alkitab, akhirilah aktiviti ini dengan berterima kasih kepada Tuhan kerana FirmanNya yang anda terima dam mohonlah bantuan dan rahmat daripada Tuhan agar anda dapat melakukan apa yang diajar oleh Alkitab didalam kehidupanmu setiap hari.



Saudara dan saudari, berapa banyak kita baca setiap hari tidaklah begitu penting. Kerana yang penting ialah kita meluangkan sedikit masa untuk membaca Alkitab setiap hari. Janganlah terburu-buru didalam hal untuk membaca Alkitab sampai habis. Buatlah secara-cara beransur-ansur atau pelahan-lahan tetapi tetap membacanya setiap hari. Walau bagaiman pun jika anda dapat meluangkan masa yang lebih untuk membaca Alkitab terutama sekali pada hujung minggu(Sabtu dan Ahad) maka, lakukanlah. Lebih banyak masa maka, lebih banyaklah yang dibaca dan dengan itu misi anda untuk membaca Alkitab sampai habis akan tercapai dengan lebih cepat.



Harus diperingatkan, agara anda jangan putus asa sekiranya anda merasa malas, atau puas atau bosan apabila membaca Alkitab. Apa juga bentuk godaan atau halangan yang anda hadapi didalam misi membaca Alkitab, anggaplah semunya itu sebagai godaan dari setan dan iblis. Berdoalah kepada Tuhan dan pohonlah bantuan daripadaNya dan kuatkanlah semangatmu dan teruskanlah perjuangan mu sehingga BASAH! YA! Sehingga BASAH!(Bacalah Alkitab SAmpai Habis).Amin.

BASAH!

Pernahkah anda BASAH akibat terkena hujan? Saya pasti banyak diantara kita sudah mengalaminya. Basah kerana gara-gara tidak ada payung semasa hujan lebat. Tetapi didalam renungan hari ini, ini tidak ada kaitan dengan hujan. Apa yang dimaksudkan dengan slogan BASAH ialah"Bacalah Alkitab SAmpai Habis!" Ini adalah satu cabaran dan seruhan.

Setiap orang yang menganuti sesuatu agama mempunyai Kitab Suci. Bagi orang Kristian, Kitab Sucinya ialah Alkitab. Apakah anda sudah memiliki senaskah Alkitab? Kalau belum, sila dapatkan senaskah. Kumpul-kumpullah duit dan dapatkan satu naskah supaya anda berpeluang untuk membaca dan merenungnya dan seterusnya melakukan didalam kehidupan anda sesuai dengan apa yang diajar oleh Tuhan yang terdapat didalam Alkitab. Dan seterusnya sambutlah cabaran BASAH!

Kalau anda dah ada Alkitab. Pernahkah anda mengalami BASAH? Maksudnya membaca Alkitab sampai habis. Kalau belum, cuba mulakan aksi membaca Alkitab secara konsisten atau secara tetap tanpa gagal. Ini bererti membaca Alkitab setiap hari sehinggalah habis membaca keseluruhannya.

Banyak orang berfikir bahawa Alkitab itu terlalu tebal dan susah untuk dibaca sampai habis. Sebab itu mereka tawar hati atau putus asa untuk membacanya. Janganlah bersikap begini. Kerana perjalanan seribu kilometer bermula dengan satu langkah. Demikian juga dengan membaca Alkitab. Misi untuk membacanya sampai habis bermula dengan membaca mukasurat yang pertama atau bab yang pertama. Sebab itu mulakanlah projek anda: Membaca Alkitab sampai habis. Ini mungkin memerlukan masa yang agak panjang. Mungkin satu atau dua tahun baru siap. Tetapi jangan putus asa. Mulakan dan teruskan...Kalau ada tetap membaca dan membaca lebih banyak mungkin didalam masa antara tiga sehingga enam bulan dah siap membacanya!

Membaca Alkitab sampai habis bukanlah suatu perkara yang mustahil. Ini ada didalam genggaman kita. Apa yang penting ialah memulakannya. Sebab itu, jika anda berwawasan untuk membaca Alkitab sampai habis, mulakanlah pembacaan anda pada hari ini. Jangan tangguh-tangguhkan keinginan anda.

Tidak perlu membaca terlalu banyak setiap hari. Saya cadangkan anda membaca diantara satu sehingga lima bab sehari sahaja. Walau bagaimana pun anda boleh membaca lebih daripada itu sesuai dengan masa yang anda ada. Mungkin pada hari-hari biasa(Isnin -Jumaat) baca sekurang-kurangnya satu bab tetapi pada hujung minggu(Sabtu-Ahad) baca lebih sedikit kerana ada banyak masa. Cuti kerja bah! Jadi bacalah banyak sikit.

Sebenarnya, berapa bab anda baca setiap hari tidaklah begitu penting. Apa yang penting ialah dispilin dan kegigihan untuk membaca Alkitab setiap hari. Ini yang penting iaitu semangat untuk membacanya setiap hari tanpa gagal. Jestu itu, bacalah Alkitan setiap hari sehinggalah anda mengalami BASAH! Selamat membaca Alkitab, Firman Tuhan. Amin.

10 Perintah Tuhan

Masih ingatkah kamu apa itu "Sepuluh Perintah Tuhan" ? Ingat? Kalau dah lupa-lupa berikut adalah hadiah untuk anda. Berdasarkan kepada Alkitab Kristian yang lengkap, terdapat SEPULUH PERINTAH TUHAN ALLAH YANG UTAMA:
01: Aku Allah, Tuhan mu. Sebab itu janganlah memuja berhala; Berbaktilah kepda-KU saja dan cintailah Aku lebih dari segala sesuatu.
02: Jangan menyebut Nama Allah, Tuhan mu tidak dengan hormat.
03: Kuduskankanlah hari Tuhan.
04: Hormatilah ibubapa mu.
05: Jangan membunuh.
06: Jangan berbuat cabul atau zina.
07: Jangan mencuri.
08: Jangan berbohong atau berdusta.
09: Jangan mengingini isteri(suami) orang lain.
10: Jangan mengingini harta-benda orang lain.

(Rujukan Kitab Keluaran 20:1-17; Kitab Ulangan 5:1-22).


Sesungguhnya, inilah yang menjadi Pedoman dan Pegangan didalam hidup kita selaku orang Kristian. Sebab itu, marilah kita bersama-sama berusaha sungguh-sungguh untuk melaksanakan Perintah-perintah Tuhan ini didalam kehidupan kita setiap hari. Jangan mudah berputus asa didalam hal melakukannya. Kuatkan hati dan tingkatkan semangat jati untuk menjadi umat Kristian yang lebih baik. Amin.

Perintah Tuhan yang terpenting sekali

Pernahkah anda bertanya apakah Pengajaran atau Perintah Tuhan yang terpenting sekali? Dulu saya sering juga memikirkan hal ini dan tercari-cari jawapannya. Puas juga saya memeras otak untuk mendapatkan jawapan yang memuaskan. Tetapi, tidak dapat sehinggalah saya berjaya memiliki sebuah Alkitab yang lengkap. Jawapannya terdapat didalam Injil Markus yang berbunyi: " Kasihilah Tuhan, Allahmu dengan segenap hatimu, dan dengan segenap jiwamu, dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu"
(Mrk.12:30-31; Mat.22:34-38;Luk.10:10:25-28).

Saya fikir tidak adalah lagi Perintah yang lebih penting daripada ini. Inilah perintah yang harus kita usahakan didalam kehidupan agar dapat melakukannya didalam kehidupan kita setiap hari dan sepanjang kehidupan kita didunia ini. Kerana selaku manusia, tugas atau tanggungjawap kita yang terpenting sekali didalam hidup ini ialah mencintai Tuhan sepanjang hidup kita, kerana Dialah Pencipta kita.
Cinta kita kepada Tuhan mestilah mantap dan sepenuh hati. Kita haruslah sungguh-sungguh dan serious didalam perkara ini kecuali kalau kita tak kisah masuk neraka disuatu hari nanti. Tetapi, sebagai orang yang mahukan kebahagian sejati dan keselamatan serta merindukan kehidupan di Surga, kita tidak boleh bersikap separuh hati didalam hal mencintai Tuhan. Kita mesti mencintaiNya sepenuh hati dan sepanjang kehidupan kita didunia ini agar peluang kita untuk menikmati kehidupan disamping denganNya dimasa akan datang lebih cerah. Jestu itu, marilah kita mencintai Tuhan melalui fikiran, perkataan dan perbuatan sepanjangan hayat kita didunia ini. Disamping itu, jangan kita lupa menjauhi apa juga jenis kejahatan dan kekejian yang boleh membawa dosa. Kerana upah dosa ialah maut iaitu kesengsaraan ke dalam api neraka. Jestru itu, marilah melakukan apa yang diberkati dan diredai oleh Tuhan demi cinta kita yang sejati kepadaNya; dan demi mendapat kebahagian dan keselamatan kita diakhir zaman nanti. Semoga kepenuhan dan kejujuran kita mencintai Tuhan, diberkatiNya dengan kehidupan abadi bersama-sama denganNya didalam Surga.Amin.

Yang terpenting sekali

Pernahkah anda berfikir atau bertanya apa yang terpenting sekali didalam hidup ini? Bila difikirkan secara meluas memang banyak sekali yang penting didalam hidup: Keluarga, kereta, handphone, duit, kawan, saudara-mara, pelajaran, pakaian, kad kredit, kasut, komputer, sukan, hobi, makanan, minuman, kebun, tanah, rumah, harta, pangkat, gaji, busniess, kesihatan, pekerjaan, holiday, alam sekitar, buku, binatang, boyfriend/girlfriend dan banyak lagilah! Memang banyak sekali yang penting didalam hidup ini kerana terlalu banyak pilihan. Kadang-kadang kita merasa bingung, malah pening kepala untuk membuat keputusan. Dan adakalanya kita mendapat apa yang kita inginkan, tetapi tidak lama selepas itu, kita merasa tidak puas hati pula. Kerana ada modal yang terbaru dan lebih canggih pula! Maka bermulalah "kegilaan" baru. Kita mahu memiliknya dan merasa seolah-olah tidak happy kalau tidak dapat memilikinya. Ini menyebabkan hidup kita tak tenteram dan kacau-kacir. Perlukan kita melayan perasaan seperti ini setiap kali kita inginkan sesuatu?

Pada pemdapat saya, kita mestilah bersifat munasabah dan rasional didalam hal membuat pilihan. Kita mesti sedar bahawa bukan semua benda atau perkara yang kita inginkan dapat kita miliki. Kerana bukan semuanya mampu kita miliki dan bukan semua hal atau perkara dapat dibeli dengan wang! Meskipun kebanyakan benda boleh dibeli tapi bukan semua. Misalnya kita boleh membeli katil, tempat tidur yang cantik dan mahal. Tetapi "tidur" kita tidak dapat beli dengan wang ringgit. Demikian juga dengan obat-obat boleh kita beli apabila sakit, tetapi "kesembuhan" atau badan yang sihat, tidak dapat dibeli. Tapi, memilih cara hidup yang sihat dapat kita lakukan, jika kita mahu. Jadi, didalam hidup ini kita harus membuat pilihan yang bijak dan memastikan apa yang kita pilih itu memang penting sekali. Jangan terlalu banyak membuat pilihan sehingga perkara-perkara yang lebih penting atau perkara yang terpenting sekali diabaikan begitu saja. Sebab itu, luangkanlah masa untuk berfikir dan merenung sedalam-dalamnya: "Apakah yang terpenting sekali didalam hidup?"

Bagi saya, perkara yang terpenting sekali iaitu TUHAN. Hal ini tidak boleh kita pinggirkan dan abaikan. Sebab itu, kita mesti tumpuhkan perhatian sepenuhnya dan bersikap serious didalam hal ini. Kerana suatu hari nanti kita akan mati dan kembali kepada Tuhan. Sebab itu, Tuhan mestilah berada ditangga yang teratas sekali didalam senarai keutamaan kita. Dialah yang pertama dan yang terpenting sekali didalam hidup kita. Kemudian, hal-hal yang lain yang penting dan diperlukan ialah yang dinamakan Perkara perkara yang asas didalam hidup iaitu: Makanan, Pakaian dan Rumah. Tetapi ini perlu diperkembangkan sedikit sebab itu Kesihatan badan dan Keluarga mestilah dimasukkan sekali. Kerana kalau badan kita tidak sihat, bagaimana pula melakukan perkara-perkara yang asas dan lain-lain perkara yang mungkin tidak begitu penting tetapi diperlukan juga didalam hidup? Sebab itu, jagalah kesihatan badan; Dan aspek keluarga pula, janganlah sekali-kali diabaikan, nanti rosak dan hancur pula keluarga! Sebab itu, perkara ini juga haruslah diutamakan supaya sebuah keluarga yang aman dan bahagia serta beriman kepada Tuhan dapat dibina dan dikekalkan.

Sebagai, kesimpulan perkara yang terpenting sekali didalam hidup ialah Tuhan; dan perkara-perkara lain yang penting dan utama ialah Makanan, Pakaian, Kesihatan badan dan Keluarga. Perkara-perkara yang lain-lain bolehlah dianggap sebagai "sampingan dan penyeri" didalam kehidupan yang mungkin diperlukan tetapi tidaklah begitu penting jika dibandingkan dengan perkara-perkara yang asas didalam kehidupan. Tetapi, didalam segala hal dan didalam apa juga keadaan Tuhan mestilah selalu dan tetap bertakta didalam hati kita yang terpenting sekali didalam hidup kita selaku manusia yang dicipta oleh Tuhan. Jestru itu, janganlah kita silap membuat pilihan. Pilillah yang terbaik dan tempatkanlah Tuhan yang terutama dan terpenting sekali didalam hidup. Kerana perkara inilah yang akan memastikan kebahagian abadi dan keselamatan bagi kita di suatu hari nanti. Sementara itu, hal-hal lain seperti kekayaan dan harta duniawai sebanyak mana pun mampu kita miliki, tidak akan dapat menjamin kebahagian hidup kita di suatu masa akan datang.
Sebenarnya, segala-gala yang kita miliki didalam hidup adalah tidak pasti. Misalnya wang yang beribu-ribu dan harta yang bertimbun-timbun. Semua in akan kita tinggalkan suatu hari ini. Ia bukan milik kita selama-lamanya. Dan, hanya satu yang pasti iaitu KEMATIAN! Yaa...suatu hari nanti saya akan mati, anda juga akan mati dan mereka juga akan mati. Kita semua akan meninggalkan dunia ini. Sebab itu, marilah mengutamakan Tuhan dan menempatkanNya yang terpenting sekali didalam hidup kita supaya apabila kita mati, Tuhan akan berkata kepada kita," Terima kasih kerana menjadikan saya yang terpenting sekali didalam hidupmu semasa hidup didunia. Sekarang, silakan masuk ke dalam Surga." Amin!

Hidup Ini...

Hidup ini...adalah anugerah dari Dia yang Mahakuasa. Kita selalu manusia sungguh-sungguh bertuah kerana diberi kehidupan didunia ini. Kita dari TIADA kepada ADA. Kita diwujudkan oleh Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Siapalah kita tanpa Tuhan! Sesungguhnya kita selaku manusia adalah buatanNya. Kita adalah ciptaanNya dan DIA adalah pencipta kita.
Menyedari hakikat ini, marilah kita memelihara dan menjaga hidup kita dengan baik. Jangan sia-siakan kehidupan yang diberikan oleh Tuhan. Kerana hidup didalam dunia ini adalah hanya sekali sahaja. Sebab itu, marilah menikmati hidup ini dengan penuh kesyukuran didalam hati kita. Disamping memastikan bahawa kita tidak melakukan apa-apa yang boleh merosakkan dan memusnahkan kebahagian hidup kita didunia ini.


Hidup ini...akan berakhir. Masanya akan tiba untuk kita pergi dan meninggalkan dunia yang indah ini. Semua kita akan mati suatu hari nanti. Satu persatu daripada kita akan pergi. Bila? Ini tidak ada siapa pun yang dapat meramalnya atau menetapkannya. Kerana didalam hal panjang atau pendeknya hidup kita didunia hanya DIA yang Mahakuasa yang menentukan. Hanya Tuhan yang tahu dan rahsia tidak pernah diketahui oleh sesiapa pun manusia didunia ini. Inilah misteri kehidupan tapi yang pasti ialah masanya akan tiba untuk kita pergi dari muka bumi ini dan bersemadi di tanah perkuburan yang sunyi dan sepi...Sesungguhnya, segala-gala didalam didalam hidup kita tidak pasti. Pangkat, wang, harta, kesihatan badan, kedudukan dan sebagainya adalah tidak pasti akan menjadi milik kita selama-lamanya. Tetapi satu hal yang pasti ialah kematian. Ya! Suatu hari nanti saya akan mati. Anda juga akan mati; Dia pun akan mati dan mereka juga akan kembali kepada tanah. Kita semuanya akan mati pada suatu hari nanti. Meskipun masa dan cara kita mati mungkin berlainan tetapi semua kita akan mati. Inilah yang pasti akan terjadi kepada kita didunia ini. Kita akan meninggal dunia. Badan kita akan kembali kepada tanah!


Menyedari akan kenyataan ini, marilah bersedia untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang dengan penuh hati-hati agar hidup sesuai dengan kehendak dan petunjuk Tuhan. Janganlah kita menunjukkan "keTuanan" kita tetapi marilah memupuk "keTuhanan" didalam kehidupan kita setiap hari. Marilah menjadi orang-orang yang beriman yang jujur dan iklas; dan marilah menjauhkan apa saja jenis keganasan dan kejahatan yang membawa kita kepada dosa. Tetapi, marilah tanpa bosan melakukan yang terbaik didalam hidup kita tanpa merasa bosan dan jema. Kerana Tuhan yang Maha Esa layak kita sembah dan puji kerana Dia adalah Tuhan kita dan kita adalah manusia ciptaanNya.
Inilah hakikat kehidupan bahawa hidup ini adalah pemberian Tuhan dan kita akan mati suatu hari ini. Perkara ini tidak dapat kita nafikan. Apa lagi kalau mahu membatalkannya. Kita tidak ada kuasa untuk membatalkan perkara ini. Kerana kita adalah sekadar ciptaan Tuhan dan Dialah yang berkuasa keatas hidup kita. Sebab itu marilah menjadi insan yang beriman dan murni.

Sebagai tanda kita berterima-kasih dan penghargaan kita kepada Tuhan diata segala kurniaNya, marilah kita hidup tanpa kesombongan dan ketamakkan. Marilah merendahkan hati dihadapan Tuhan. Marilah menjalani hidup ini dengan baik dan murni. Marilah melakukan yang terbaik setipa hari demi kemuliaan Tuhan dan marilah sentiasa menjauhkan apa juga jenis kejahatan dan keganasan. Marilah hidup sebagai seorang yang beriman yang setia dan jujur berpegang kepada pengajaran-pengajaran Tuhan yang Maha Esa.

Percaya kepada Tuhan

Anda percaya atau tidak pada kewujudan Tuhan? Inilah yang menjadi persoalan setengah-tengah orang. Mereka ragu-ragu dengan kewujudan Tuhan kerana melihat banyak kejahatan dan kekejaman yang berlaku didunia ini. Mereka menyatakan bahawa jika ada Tuhan Dia sepatutnya menghapuskan segala kejahatan dan kekejaman yang berleluasan dimana-mana. Mereka mempersalahkan Tuhan. Tetapi, adakah Tuhan menyuruh sesama manusia untuk melakukan kejahatan dan kekejaman? Bukankah perintah Tuhan yang utama ialah mencintai sesama manusia dan termasuklah musuh-musuh kita? Aneh juga, samaada mereka sedar atau tidak dengan menyatakan bahawa Tuhan sepatutnya menghapuskan segala jenis kejahatan dan kekejaman yang terdapat didunia ini, sebenarnya menunjukkan bahawa mereka mengakui kewujudan Tuhan. 
Sebenarnya, jika kita kaji dan selediki sepenuhnya, kejahatan dan kekejaman yang terdapat didalam dunia adalah hasil daripada perbuatan manusia sendiri. Biasanya perkara ini terjadi disebabkan oleh sikap yang mementingkan diri sendiri. Sikap ini membuat manusia menjadi luki dan tamat dan kurang cintakasih dan tidak ada sifat perikemanusiaan. Maka, wujudlah pergaduhan, pertengkaran dan peperangan. Semuanya gara-gara sifat manusia yang terlalu mementingkan kepentingan diri sendiri.
Kalaulah manusia membuang sikap yang tamak, sudah tentu mereka akan saling bantu membantu dan saling memperhatian keperluan sesama. Dengan ini cintakasih menjadi pegangan mereka dan perpaduan serta perdamaian menjadi teras kehidupan mereka. Dan ini membuat segala pergaduhan, pertengkaran dan peperangan dapat dielakan dan dihentikan.
Sesungguhnya, Tuhan itu wujud dan kita tidak perlu bersikap bodoh dengan menyanggkal kewujudan-Nya. Kerana Tuhan adalah pencipta an pemberi kehidupan kepada kita. Sebab itu, marilah mengakui kewujudan Tuhan dan seterusnya menyembahnya an mengikuti segala pengajaran-Nya agar kita mendapat keselamatan kebahagian sejati. 
Sesungguhnya, lebih baik percaya kepada Tuhan. Ini adalah pilihan yang bijak dan yang paling terbaik. Kerana suatu hari nanti kita akan meninggalkan dunia dan bersemadi ditanah perkuburan. siapakah yang akan kita jumpa diakhir hidup kita? Bukankah Dia yang mencipta dan memberi kita kehidupan? Dialah yang akan menghakimi kita. Sebab itu, marilah dengan rendah hati mengakui kewujudan Tuhan dan menyembahnya sepenuh hati kita. Amin.

‎SYUKUR..TUHAN SELALU MENYERTAI SAYA SELALU

Laut Mati memiliki kadar garam yang sangat tinggi, sehingga kita tidak tenggelam saat berenang disana. Hal ini terjadi karena air dari Laut Mati (sebenarnya berupa danau) tidak mengalir ke laut lepas, sehingga air terbuang hanya melalui penguapan, dan akibatnya kadar garam dan mineral di tempat itu semakin tinggi, sehingga tidak ada binatang yang dapat hidup disana.

Hidup manusia harus seimbang, bila ada yang masuk maka harus ada yang keluar. Secara fisik bila kita menghirup udara, maka kita pun mengeluarkannya kembali. Demikian juga saat kita makan, sisanya akan dibuang dan hasilnya berupa energi kita pakai, sedangkan yang tidak terpakai tersimpan di dalam tubuh, sebagian besar menjadi lemak. Coba bayangkan apa yang terjadi bila banyak makanan yang masuk ke dalam tubuh kita, tetapi sedikit yang terpakai dan terbuang! Tubuh kita bukan lagi gemuk, tetapi LEMAK BERLIPAT LIPAT...

Saat kita memiliki masalah pun, janganlah disimpan dan dipendam dalam diri sendiri karena menyebabkan kita menjadi sakit. Kita perlu bantuan orang lain untuk mencurahkan segala masalah dan keluhan kita, sehingga kita menjadi lapang dan normal kembali. Nah bila masalah saja perlu dibagikan bagaimana dengan ilmu dan wang ringgit? Mungkin banyak orang yang mau membagikan ilmu, kerana ilmu bila dibagikan tidak menyebabkan kita berkurang, malahan ilmu kita pun menjadi bertambah. Tetapi apa yang terjadi bila kita membagikan wang? Memang wang kita berkurang, tetapi percayalah wang kita tidak akan habis, kerana rezeki akan mengisi kembali wang yang telah kita alirkan kepada orang lain yang memang membutuhkannya. Janganlah takut untuk membagikan wang kita untuk berbagai tindakan yang benar dan bermanfaat, kerana semua harta kita di dunia adalah anugerah dari Tuhan. Harta itu tidak dapat kita bawa mati … jadi marilah kita berbagi dan nikmatilah keindahannya..