Ada banyak cara kita untuk menambah ilmu pengetahuan. Antaranya ialah dengan membaca buku atau majalah, menonton TV atau wayang gambar. Tetapi cara yang paling senang dan mudah dan yang tidak memerlukan apa-apa kos atau belanja ialah dengan bertanya. Jadi, Tanya bah kalau tak faham; Tanya bah kalau mau tahu. Tanyalah...jangan malu-malu. Tapi, tanya secara hormat dan dengan nada suara yang macam minta kasihan dan memang benar-benar ingin tahu. Misalnya, "Encik, selamat pagi. Bolehkah Encik kasih tahu saya, dimana itu Pejabat Pos?; "Helo...Saudara boleh tumpang tanya? Dimana itu Jalan pergi ke Penampang?" Pendek kata, bertanyalah dengan baik dan dengan suara yang lembut dan ramah.
Janganlah tanya seperti "anjing menyalak" atau seperti harimau mengaum! Kalau kita bertanya dengan kasar. Janganlah hairan jika orang berdiam saja dan tidak menjawap. Atau orang terus jalan atau lari dengan muka yang seperti kesakitan. Bah, kalau kita tak bersopan bila bertanya, memang padanlah muka kita jika tidak dilayan orang. Siapalah mau layan atau tolong orang yang bertanya dengan kasar.
Jestru itu, kalau kita meminta bantuan maka tanylah dengan cara yang baik. Dan selepas diberi bantuan, janganlah lupa menyatakkan "TERIMA KASIH diatas bantuan anda." Atau cakap "Terima Kasih" ini pun, OK dah. Percayalah, orang itu pun senang hati dan mukanya pasti berhias senyuman yang lebar sekali. "Tak apa-apa bah tuu. Biasalah bah kita saling membantu."
Ada kata-kata hikmat yang berbunyi: "Kalau anda malu bertanya maka anda akan menjadi bodoh selama-lamanya. Tetapi jika anda bertanya maka anda akan menjadi bodoh untuk sementara waktu saja."
Ruangan bagi saya untuk memberi SHARING atau PERKONGSIAN mengenai beberapa Pedoman dan Inspirasi yang mungkin berguna kepada sesama insan. Semoga sharing ini membawa sesuatu yang baik kepada setiap pembaca..:)
Friday, 16 March 2012
Tanya bah kalau....
Pertanyaan ...
Ada orang berfikir bahawa dia harus menjawap setiap pertanyaan. Dia merasa bersalah jika tidak memberi jawapan. Dan ada pula terpaksa menjawap kerana takut dianggap "sombong" atau tuli. Maka itu setiap kali orang mengajukan pertanyaan terpaksalah dijawap. Sebenarnya, setiap pertanyaan memang baik dijawap tetapi tidak semestinya dijawap terutama sekali kalau kita tak tahu jawapannya. Dan kalau kita rasakan orang itu memang "mencari hal" atau mau cari gaduh maka, cukuplah dengan berkata, "Terima kasih diatas pertanyaan anda." Lalu senyumlah lebar-lebar.....(He he he...sabar mah). Ini adalah satu daripada cara untuk menghadapi pertanyaan orang. Cara lain adalah seperti berikut:
"Sorilah saya tak pandai didalam hal ini. Kau tanyalah lain orang."
"Bah...lain kali saja saya jawap. Sabarlah menanti kio...."
"Apa pendapat atau jawapan anda kepada hal ini?"
"Apa tujuan atau motif kau tanya pasal hal ini?"
"Kenapa kau tanya hal ini?"
"Kau tidak tahukah jawapannya?"
"Baguslah kau pergi tanya orang yang pakar didalam hal ini?"
"Bah, saya fikir-fikir dulu apa jawapannya. Ok? "
Dan......banyaklah cara kita menjawap bergantung kepada bentuk pertanyaan, masa dan keadaan. Jadi pandai-pandailah kita menjawap pertanyaan orang. Tapi ingat, bahawa pertanyaan atau soalan orang tak semestinya dijawap. Ok, sampai ketemu lagi dilain hari dihalaman yang sama. He he he....
Jangan kasi malu bah!
Sejak kebelakangan ini ada beberapa guru memasukkan karangan anak murid mereka didalam "Facebook." Karangan berkenaan memang lucu juga tetapi sedarkan para guru berkenaan bahawa tindakan mereka ini jelas menjatuhkan maruah murid berkenaan. Karangan mereka biasanya diberi markah "D" kerana banyak kesalahan dari segi ejaan dan penggunaan perkataan berunsur "bahasa pasar." Memang tidak dapat dinafikan bahawa mereka masih lemah maklumlah masih belajar. Tetapi kelemahan mereka janganlah dijadikan bahan ketawa. Kenapa kelemahan mereka ini didedahkan didalam Internet? Apa tujuan guru-guru bertindak begitu? Mahu tunjukkan kepada seluruh dunia betapa "bodoh" murid itu?
Ingatkan mereka adalah anak murid kamu. Jadi sepatutnya kelemahan mereka adalah hal peribadi dan tidak sepatutnya ditayangkan kepada orang lain. Ini sepatutnya rahsia diantara guru dan murid. Tindakan mendedahkan kelemahan murid boleh membawa kesan yang buruk kepada murid berkenaan. Misalnya mereka akan membenci guru atau hilang kepercayaan kepada guru. Jadi, hentikanlah perkerjaan yang mencemarkan dan memalukan para murid yang lemah. Perbuatan memperheboh-hebohkan kelemahan atau kebodohan pelajar adalah tindakan yang tidak bermoral dan bertentangan dengan nilai-nilai murni. Sesungguhnya, tindakan mendedahkan karangan para murid yang lemah didalam Internet adalah satu perbuatan yang tidak adil dan satu perbuatan yang bodoh dan tidak bijak. Malah guru sendiri akan "kebalikan." Dimana karangan murid yang mempunyai banyak kesalahan dan dipaparkan didalam Internet, mungkin banyak orang berfikir dan membuat andaian bahawa guru murid berkenaan adalah tidak pandai mengajar! Nah kan! Sendiri juga yang kena. Maka dengan itu, kepada para guru yang suka memuatkan karangan murid yang lemah didalam Internet untuk dijadikan bahan ketawa, HENTIKANLAH PERBUATAN INI. JANGAN KASI MALU BAH!
Cikgu Bin Guru
Masihkah anda ingat para guru yang pernah mengajar anda semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah? Mungkin dah lupa-lupa, bukan? Atau mungkin ada juga yang anda ingat terutama sekali guru yang baik-baik dan guru-guru yang dianggap tegas dan "jahat" mungkin masih segar didalam fikiran anda. Memang ada guru yang hilang pertimbangan atau mungkin kerana begitu geram dengan kenakalan atau kelemahan atau mungkin juga dengan kedegilan dan kebodohan pelajar mereka telah bertindak agak keterlaluan sehingga ada para murid atau pelajar yang menjadi mangsa sifat ketidaksabaran mereka. Tetapi, kebanyakan para guru adalah baik dan perhatin. Mereka mahu melihat para murid mereka berjaya didalam pelajaran mereka.
Bagi saya, para guru tetap diantara insan yang tak mungkin dapat saya balas jasa dan bakti mereka kepadaku. Kerana dedaksi dan ketabahan mereka menjalankan tugas sebagai guru maka saya pandai menulis, membaca dan mengira. Kalau bukan kerana mereka manalah saya saya pandai menulis nama sendiri; Dan kalau bukan kerana hasil tunjuk-ajar mereka manalah membaca!(Pasti jadi buta huruf bah! dan surat cinta terpaksa minta tolong kawan baca. He he he...); Dan kalau bukan mereka manalah saya pandai mengira. (Kalau mau jadi tokey susah oh!) Syukurlah diatas jasa baik para guru. Sekurang-kurang pandai dan lulus juga 3M.
Sesungguhnya, hidup pastinya susah dan perit malah mungkin menderita kalau tulisan pun macam cakar ayam dan buta huruf. Tetapi, kerana jasa para guru maka kebanyakan daripada kita yang pernah dididik oleh para guru kita mempunyai kehidupan yang baik dan selesah. Malah ada diantara kita hidup dengan bahagia, kaya dan mewah. Kenapa? Kerana hasil daripada tunjuk-ajar para guru kita. Jestruitu, janganlah kita lupa para guru yang pernah mengajar kita. Kalau terjumpa mereka dimana, jangan lupa memberi salam dan ucapkan "Terima Kasih, Cikgu kerana mengajar saya dulu. Terima kasih banyak-banyak." Dan....kalau ngam-ngam ada bulan muda atau ada RM didalam saku, bah! Bawalah cikgu makan dan minum. Kasih belanja bah! Maklumlah jarang-jarang berjumpa. Bagus juga sambil makan, kita berborak-borak atau bercerita.
Bagi guru-guru yang mungkin anda anggap sebagai "jahat" biarlah perkara itu berlalu. Maafkanlah guru-guru berkenaan. Kerana mungkin tindakan mereka pada masa itu manasabah dan berbaloi juga untuk kita. Mungkin kalau mereka tidak "mengajar dengan keras" mungkin sampai sekarang kita masih orang yang keras kepala dan mungkin pada hari ini kita masih "budak nakal" dan menjadi "sampah masyarakat. Tetapi disebabkan oleh ketegasan mereka yang kita anggap "jahat" , mereka telah berhasil memimpin kita menjadi manusia yang berdisplin, berjaya dan berguna kepada masyarakat dan kepada negara.
Kisah yang pahit tak perlulah diungkit-ungkit lagi dan dikenang-kenang. Biarlah ia berlalu dan menjadi sejarah yang tidak perlu diheboh-hebohkan. Kata orang: " Ambillah yang jernih dan buanglah yang keruh."Sama ada kita mahu mengakuinya atau tidak hakikat ini tidak dapat kita sangkal dan nafikan bahawa: Guru berjasa kepada kepada kita dan jasa mereka itu tidak mungkin dapat kita balas dengan wang dan harta. Tetapi sekurang-kurangnya kita dapat menyatakan dengan iklas "TERIMA KASIH CIKGU, KERANA MENGAJAR SAYA."
Akhir sekali, Wahai para guru yang budiman, teruskan perjuangan dan kerjaya kamu yang mulia dan terhormat itu. Kami sebagai bekas murid sudah pasti tidak dapat membalas segala jasa baik kamu. Tapi, semoga dengan ucapan "Ribuan Terima Kasih" dapat diterima dengan baik. Dan kalau ada kesalahan kami yang dimasa-masa lalu sehingga menyakiti hati cikgu, kami pun meminta maaf. Cikgu-cikgu dan guru-guru," GOD BLESS ALL OF YOU.AMIN."
LAKUKANLAH
~orang yang tidak boleh memimpin dirinya sendiri akan kesulitan memimpin orang lain~
kita ingin mereka menghargai kita,tapi kita tidak belajar menghargai mereka.
kita ingin mereka sependapat dengan kita,tapi kita tidak berniat menerima pendapat mereka.
kita ingin mereka mengakui kita,tapi kita tidak berusaha mengakui mereka.
kita ingin mereka memahami kita,tapi kita tidak mau memahami mereka.
kita ingin mereka mengasihi kita,tapi kita tidak ikhlas mengasihi mereka.
kita ingin mereka berterimakasih kepada kita,tapi kita tidak tau berterimakasih pada mereka.
kita ingin mereka mendoakan untuk kebaikan kita,tapi kita tidak mengamini doa untuk kebaikan mereka.
"apa yang kita ingin mereka lakukan kepada kita,mari kita lakukan demikian kepada mereka"
MIMPI
Mimpi boleh merupakan suatu tanda tanya ketika kita bangun tidur dan juga boleh terus dilupakan dari tidur, Tetapi impian adalah sesuatu cita2 yang kita kejar. Dalam mengejar impian diperlukan kerja keras, ketekunan dan rela berkorban kerana impian berhubungan dengan perspektif masa depan yang masih sangat rahasia, "Impian hanya akan menjadi kenyataan kalau kita sesungguhnya menempatkan diri sebagai pelaksana kehendak Hukum dan Perintah Tuhan"
3 HAL
3 Hal yg tidak pernah kembali: Waktu, perkataan, kesempatan.
3 Hal yg menghancurkan: Kemarahan, kesombongan, dendam.
3 Hal yg tidak boleh hilang: Kasih, sukacita, damai sejahtera.
3 Hal yg membuat kita berharga: Komitmen, kerendahan hati, kerja keras.
3 Hal yg tidakmpernah berubah: Allah Bapa, Tuhan Yesus, Roh Kudus.
3 Hal yg membuat kita bertahan dalam hidup: Iman, pengharapan, kasih.
''BE YOUR SELF''
memang baik menjadi diri sendiri,,,bahkan sangat baik,,,tp saya punya pendapat tentang ini,
apabila dengan keperibadian yang kita miliki membuat orang lain merasa terganggu,merasa disakiti dan membuat seseorang terluka.. akankah kita mempertahankan kepribadian itu? alangkah indah hidup kita bila orang lain boleh tersenyum kerana kita. jadi hidup perlu ada perubahan,jika orang lain senang dengan perubahan kita(positif),kenapa tidak mencuba untuk merubah keperibadian itu??
Hidup perlu perubahan...
''jadikan hidup lebih berarti dengan menjadi berkat buat orang lain''
Want to live a peaceful life? Here are some tips:
1. Smile more;
2. Don't simply criticize or complain;
3. Appreciate sincerely;
4. Remember person's name;
5. Avoid argument;
6. Always respect others;
7. Be friendly;
8. Correct other nicely & indirectly;
9. Inspire don't fire;
10. Be a good listerner;
11. Make others feels important;
12. Don't demand but ask politely;
13. Don't talk too much;
14. Don't compare your life with others;
15. Live a simple life;
16. Pray & Love sincerely;
and JANGAN BERHUTANG! Dan lain-lain lagi lah.....
BERDIAM
Saya diam bukan sebab saya benci kamu,saya diam sebab saya perlukan masa..
Saya diam bukan sebab saya tidak merindukan kamu,saya diam sebab saya terlalu merindukan kamu..
Saya diam bukan kerana saya menyayangi org lain,saya diam kerana saya menyayangi kamu..
Saya diam bukan kerana saya bosan dengan kamu,saya diam sebab mahu mahu lihat kamu bosan atau tidak dengan saya..
Saya diam dan tidak membalas mesej kamu bukan kerana saya bencikan kamu,saya diam kerana saya yakin kamu cintakan saya dan tidak akan pernah tinggalkan saya..
Saya diam dan tidak menjawab panggilan kamu bukan kerana saya bosan dengan kamu,saya diam sebab kamu telah memutuskan saya dan tiada apa2 lagi yang perlu dibicarakan..
Saya diam bukan kerana saya sibuk bersama orang lain,saya diam kerana terlalu memikirkan kamu setiap hari...
Saya berdiam dan berdiam kerana berdiam itu banyak maknanya..
Subscribe to:
Posts (Atom)