Dia Paling setia dan lagi setia..
Kita ingin menjadi setia kepada-Nya...Namun, sebagai ciptaan-Nya yang lemah... kita sering sahaja jatuh dan hampir trgletak dan kadang benar-benar tergeletak. Tetapi, oleh kerana cinta Kasih-Nya, kita masih ada di sini untuk memuji dan memuliakan nama-Nya. Tiada yang mustahil bagi Dia...Sebaliknya, sesuatu perkara yang amat mustahil bagi kita, itulah yang amat tidak mustahil bagi Dia. Kerana, Dialah berkuasa dan jika kehendak-Nya, maka terjadilah sesuatu perkara itu. Maka itu, sedarlah..dan bersyukurlah dengan apa adanya kita...
Sedarilah bahawa, Dia selalu setia dalam apapun jua keadaan kita. Puji pujian untuk-Nya takkan pernah ada pengakhirannya. Kerana kita sedar bahawa, apapun yang kita kecapi sekarang ini semuanya atas kehendak-Nya dan itulah anugerah-Nya kepada kita. Sedarilah bahawa, Kesetiaan-Nya takkan pernah berakhir...
No comments:
Post a Comment