Monday 2 April 2012

JANGAN SEDIH JANGAN SEDIH

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda,
Tapi sedihlah kerana anda tidak mau memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda,
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda,
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda,
Tapi sedihlah kerana anda tidak boleh menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina anda,
Tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki anda,
Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengritik kita,
Tapi sedilah kerana kita tak pernah mau perbaiki diri.

Jangan sedih kerana anda selalu jatuh,
Tapi sedihlah kerana anda tak mau bangkit kembali.

Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir,
Tapi sedilah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH,
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar,
Perbaikilah diri maka hidup akan berubah menjadi baik !!

"Berbahagialah orang yang berdukacita, kerana mereka akan dihibur."
(Matius 5:4)

No comments:

Post a Comment