Sunday 15 July 2012

Mengenal Kristus secara Peribadi

Mengembangkan hubungan dengan seseorang menuntut komitmen waktu dan tenaga. Begitu juga dengan hubungan anda dengan Yesus Kristus; ianya mengambil masa untuk belajar beberapa prinsip dasar tentang kehidupan Kristian. Bacalah beberapa pertanyaan biasa dan 4 pelajaran untuk langkah anda seterusnya memasuki pengembaraan sukacita.

Pelajaran 1: Memahami Hubungan Anda dengan Yesus Kristus.


Dengan ikhlasnya menjemput Yesus memasuki hidup anda adalah suatu tindakan sederhana yang menjadikan hubungan anda dengan Tuhan terjamin. Anda telah memulai suatu perjalanan hidup bersama Tuhan yang maha kasih dan maha kuasa.
Jadi apakah telah berlaku bila anda menjemput Yesus ke dalam hidup anda?

1. Dia mengampunkan dosa anda.
"Sebab di dalam Dia dan oleh darah-Nya kita beroleh penebusan, iaitu pengampunan dosa, menurut kekayaan kasih karunia-Nya." (Efesus 1:7--anda akan mendapat ayat ini dalam kitab Efesus, Perjanjian Baru, fasal 1, ayat 7).
Semua dosa anda--dahulu, sekarang dan akan datang--telah diampunkan kerana kematian Yesus di atas salib.
Adakah apa-apa bezanya mengetahui bahawa semua dosa anda telah diampunkan?


2. Dia menjadikan anda seorang anak Tuhan.
"Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa supaya menjadi anak-anak Tuhan, iaitu mereka yang percaya dalam nama-Nya; orang-orang yang diperanakkan bukan dari darah atau dari daging, bukan pula secara jasmani oleh keinginan seorang laki-laki, melainkan dari Tuhan" (Yohanes 1:12,13).
Apakah yang anda telah lakukan untuk menjadi seorang anak Tuhan?
(jawapan di bawah)


3. Dia memasuki hidup anda dan tidak akan meninggalkan anda selama-lamanya.
(Yesus berkata) "Dan ketahuilah, Aku menyertai anda sentiasa sampai kepadaakhir zaman" (Matius 28:20).
(Yesus berkata) "Semua yang diberikan Bapa kepada-Ku akan datang kepada-Ku, dan barangsiapa datang kepada-Ku, dia tidak akan Ku-tolak" (Yohanes 6:37).

a) Adakah sesuatu yang mungkin menyebabkan Yesus meninggalkan anda?
b) Menurut ayat Yohanes 6:37, berapa kali anda harus menerima Yesus?
(jawapan di bawah)


4. Dia memberikan anda hidup baru.
"Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, dia adalah ciptaan baru: yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang!" (2 Korintus 5:17).
Anda berpeluang untuk memulakan hidup rohani yang baru. Tuhan akan membina sifat-sifat baru dalam hidup anda ketika anda mengenali-Nya lebih mendalam.


5. Dia memberikan anda hidup kekal.
"Dan inilah kesaksian itu: Tuhan telah memberikan hidup kekal kepada kita dan hidup itu ada di dalam Anak-Nya. Barangsiapa memiliki Anak, dia memiliki hidup; barangsiapa tidak memiliki Anak, dia tidak memiliki hidup. Semuanya itu kutuliskan kepada anda, supaya anda yang percaya pada nama Anak Tuhan tahu bahawa anda memiliki hidup kekal" (1 Yohanes 5:11- 13).
Hidup kekal bermula bagi anda dari saat anda menjadi seorang Kristian. Saat itulah Tuhan menjadi sebahagian daripada hidup anda selama-lamanya. Jika anda meninggal dunia malam ini, anda akan bersama Dia selama-lamanya.
Semua manfaat ini hanya mungkin melalui Yesus Kristus, bukan usaha diri sendiri. Anda menerimanya pada saat anda mempercayai Dia.
a) Yang manakah daripada lima kebenaran ini yang paling bererti bagi anda sekarang?
b) Mengapa? Mengatasi keraguan.
Selepas anda membuat sesuatu keputusan, keraguan biasanya akan muncul. Esok, anda mungkin "merasa" anda bukan seorang Kristian.
Walaupun begitu, anda harus ingat bahawa banyak hal mempengaruhi perasaan anda--kawan, kesihatan, cuaca dan lain-lain lagi. Jangan gunakan emosi, yang mungkin berubah, untuk mengukur hubungan anda dengan Yesus. Sebaliknya, percayailah pada Tuhan dan kebenaran-kebenaran di dalam Alkitab yang tidak berubah.

Cadangan untuk Pertumbuhan Lanjutan
Sepanjang minggu ini, renungkan salah satu daripada lima kebenaran yang anda baca tadi setiap hari. Baca ayat-ayat yang disertai dan mengucap syukur kepada Tuhan untuk setiap kebenaran ini.
Jika anda belum memiliki sebuah Alkitab, anda boleh membeli di kedai buku Kristian. Beritahulah seseorang bahawa anda telah menjalin hubungan dengan Yesus.
Kesimpulan
Kerana anda telah menerimaYesus, hubungan anda dengan Tuhan adalah terjamin. Anda anak-Nya. Diamengampunkan dosa-dosa anda dan memberikan anda hidup yang baru dan kekal. Dia tidak akan meninggalkananda selama-lamanya. Bila anda ragu-ragu tentang keputusan anda, bersandarlah pada kebenaran ini dan lain-lain lagi di dalam Alkitab, dan bukan pada perasaan anda. Apakah akan berlaku bila anda menghadapi kesusahan dan terjatuh ketika anda berusaha untuk menjalani kehidupan Kristian? 

Jawapannya dalam Pelajaran 2: Mengalami Kasih dan Pengampunan Tuhan.

Apabila seseorang pemandu memotong kereta anda, kawan sekelas menghina anda, pasangan hidup anda terlupa untuk memberi tumpang kepada anda--semua ini hanya perkara remeh. Tapi tiba-tiba anda menjerit dan menyumpah, tidak dapat dikawal. Atau, anda mendapati anda digoda oleh tindakan dan sikap lain, seperti gosip atau perasaan marah dan kecewa, yang mengalihkan tumpuan anda daripada Tuhan.
Perkataan "dosa" bermakna tidak mencapai sasaran atau taraf. Apabila kita buat sesuatu sesuka hati dan bukan apa yang Tuhan kehendaki, kita berdosa. Bila tabiat dan sikap lama mula terasa, jangan kecewa. Anda masih anak Tuhan. Tetapi dosa mengganggu hubungan rapat dan komunikasi anda dengan Tuhan. Dosa menghalang kita daripada mengalami kasih-Nya. Kita semua berbuat dosa walau pun kita orang Kristian. Itulah sebabnya kita memerlukan pengampunan Tuhan setiap hari.

1. Dasar untuk kasih dan pengampunan Tuhan
"Sebab juga Kristus telah mati sekali untuk segala dosa kita, Dia yang benar untuk orang-orang yang tidak benar, supaya Dia membawa kita kepada Tuhan; Dia, yang telah dibunuh dalam keadaan-Nya sebagai manusia, tetapi yang telah dibangkitkan menurut Roh, ..." (1 Petrus 3:18).
Apabila Yesus mati untuk kita, dia memungkinkan kita ada suatu hubungan dengan Tuhan. Kematiannya juga mengizinkan kita menuntut pengampunan Tuhan setiap hari.
"Anda juga, meskipun dahulu mati kerana dosamu dan oleh kerana tidak disunat secara lahiriah, telah dihidupkan Tuhan bersama-sama dengan Dia, sesudah Dia mengampunkan segala dosa kita, dengan menghapuskan rekod yang mengandungi semua perkara yang kita dituduh. Dan itu dimusnahkan-Nya dengan memakukannya padakayu salib" (Kolose 2:13,14).
Apabila petikan ini ditulis, perkataan "rekod" merujuk kepada satu senarai jenayah yang seseorang banduan dijatuhkan hukuman. Senarai ini dipakukan ke pintu penjara. Sebaik saja hukuman penjara telah dijalani sepenuhnya, banduan itu boleh mengunakan rekod yang dibatalkan itu sebagai bukti bahawa dia tidak boleh dihukum kerana jenayah-jenayah itu sekali lagi.
Begitu juga, apabila kita mempercayai bahawa Yesus telah membayar hutang dosa kita, kita tidak akan dihukum sekali lagi selama-lamanya. Kita memperolehi pengampunan penuh daripada Tuhan.
"Tidak dilakukan-Nya kepada kita setimpal dengan dosa kita, dan tidak dibalas-Nya kepada kita setimpal dengan kesalahan kita, tetapisetinggi langit di atas bumi, demikian besar kasih setia-Nya atas orang-orang yang takut akan Dia; sejauh timur dari barat, demikian dijauhkan-Nya daripada kita dosa kita" (Mazmur 103:10-12).
a) Menurut ayat ini, apakah yang Tuhan telah lakukan untuk dosa anda?
b) Yesus telah mati untuk berapa banyak daripada dosa-dosa anda?
c) Bila Yesus mati di kayu salib untuk anda 2,000 tahun dahulu, berapakah daripada dosa-dosa anda adalah dilakukan pada masa depan? (jawapan di bawah)


2. Mengalami kasih dan pengampunan Tuhan setiap hari
Walau pun anda diampunkan sepenuhnya, anda masih perlu mengakui dosa yang dilakukan sehari-harian supaya kekal menikmati hubungan rapat dengan Tuhan.
Pengakuan--Setuju dengan Tuhan tentang Dosa
"Jika kita mengaku dosa kita, maka Dia adalah setia dan adil, sehingga Dia akan mengampunkan segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan" (1 Yohanes 1:9).
Apabila Tuhan mengingati kita tentang sesuatu dosa dalam hidup anda, akuilah dosa itu. Pengakuan bermakna
Bersetuju dengan Tuhan bahawa anda telah berbuat dosa.
Mengucap syukur kepada Tuhan kerana Dia telahpun mengampukan anda.
Mempercayai Tuhan untuk mengubahkan sikap-sikap dan tindakan yang salah.
Berpatah balik kepada Tuhan dan jauhkan daripada dosa anda, dan bukan merasa bersalah. Pertaubatan ini mengizinkan anda untuk mengalami kasih dan pengampunan Tuhan. Tindakan ini memulihkan hubungan rapat antara anda dengan Dia.

Bagaimana Mempraktikkannya Sekarang juga, atau malam ini sebelum anda tidur:
Minta Tuhan memperlihatkan sebarang dosa dalam hidup anda.
Dengan penuh jujur, senaraikan semuanya di atas sekeping kertas:
ini hanya antara anda dengan Tuhan. Selepas selesaikannya, tulis di atas kertas janji (1 Yohanes 1:9)
Mengucap syukur kepada Tuhan kerana menyediakan pengampunan melalui kematian Yesus di atas kayu salib.
Koyakkan senarai itu dan buangkannya.
a) Berapa kerap anda perlu mengakui dosa kepada Tuhan?
b) Bilakah anda harus mengakui sesuatu dosa?
(jawapan di bawah)
Mengalami Hasilnya
"Dosaku keberitahukan kepada-Mu dan kesalahanku tidaklah kusembunyikan; aku berkata: 'Aku akan mengaku kepada Tuhan dosa-dosaku,' dan Engkau mengampuni kesalahan kerana dosaku" (Mazmur 32:5).
Bagaimana jika anda masih merasa bersalah selepas anda mengakui dosa anda?
Percayalah pada Firman Tuhan, Alkitab, yang mengatakan ada diampunkan. Jangan bergantung pada perasaan anda.
Jika anda tidak mengakui dosa, anda barulah harus merasa bersalah.
Berdasarkan apa yang dijelaskan tadi tentang perasaan bersalah dan pengampunan, bagaimanakah anda ingin menyelesaikan ayat ini? Apabila saya telah mengakui semua dosa saya, saya ...
Cadangan-cadangan untuk Pertumbuhan Selanjutnya
Cuba meluangkan masa seorang diri selama 15 minit setiap hari untuk mengenali Tuhan lebih mendalam melalui pembacaan Alkitab dan doa. Di sini ada beberapa cadangan:
1. Jika anda masih tidak memiliki sebuah Alkitab, dapatkan satu (rujuk pelajaran 1). Sementara itu, mulai membaca Injil Yohanes .
2. Baca cerita Yesus tentang pemuda yang melarikan diri dan menghabiskan harta warisannya (Lukas 15:11-32). Apakah cerita ini mengambarkan tentang hubungan kita dengan Tuhan, pengampunan, dan persekutuan dengan-Nya?
3. Baca Galatia 5:16-23. Perhatikan bagaimana membiarkan Tuhan bekerja dalam hidup anda boleh membawa perubahan. Ketika anda menyedari bahawa terdapat sesuatu aspek dalam hidup anda yang tidak menyenangkan Tuhan, atasinya mengikut 1 Yohanes 1:9 dan nikmatilah semula hubungan intim dengan-Nya.
Kesimpulan
Dengan sentiasa mengakui dosa-dosa kita kepada Tuhan dan mempercayai pengampunan-Nya, kita boleh mengalami kasih dan hubungan rapat dengan-Nya setiap hari.
Mengetahui bagaimana anda boleh menggunakan sumber kuasa Tuhan, iaitu Roh Kudus dalam pelajaran 3..

Pelajaran 3: Kuasa untuk Menjalani Hidup Kristian yang Dinamik.

Kita harus buat pilihan setiap hari. Apakah kita hendak berkata, ke manakah kita hendak pergi atau apakah kita ingin buat. Semasa kita memilih, bagaimanakah kita melihat hidup dari perspektif Tuhan dan menjalani hidup yang menyenangkan hati-Nya?

1. Roh Kudus merupakan sumber kuasa untuk kehidupan Kristian.
Sebagaimana hubungan kita dengan Tuhan adalah bergantung sepenuhnya pada apa yang Tuhan telah lakukan melalui Yesus Kristus, begitulah juga kuasa untuk menjalani kehidupan Kristian adalah bergantung sepenuhnya pada Tuhan. Untuk menjalani kehidupan Kristian seperti apa yang dikehendaki Tuhan, kita mesti terus-menerus memperolehi kuasa Tuhan, melalui Roh Kudus. Tetapi siapakah atau apakah Roh Kudus, dan apakah dia lakukan?
Dia Tuhan.
"Sebagaimana roh seseorang mengetahui isi hatinya sendiri, begitu juga Roh Kudus mengetahui segala sesuatu darihal Allah. Kita tidak menerima roh dunia ini; kita telah menerima Roh Kudus, supaya kita mengetahui segala yang telah dikurniakan Allah kepada kita." (1 Korintus 2:11,12)
Dia datang dan mendiami anda.
"Tetapi kamu ini tidak lagi hidup menurut tabiat kemanusiaanmu. Kamu hdiupmenurut kehendak Roh -- iaitu jika Roh Kudus sungguh mendiami kamu. Barangsiapa tidak mempunyai Roh Kristus di dalam hidupnya, orang itu bukanlah milik Kristus." (Roma 8:9)
Dia datang untuk membuktikan kepada dunia bahawa mereka itu salah dalam pendapat mereka tentang dosa dan hukuman.
"Dan bila dia datang kelak, dia akan membuktikan kepada dunia bahawa mereka itu salah dalam pendapat mereka tentang dosa, dan tentang apa yang benar, dan tentang hukuman Allah." (Yohanes 16:8)
Dia datang untuk menyatakan kepada anda kebenaran.
"Tetapi bila Roh yang menyaksikan kebenaran Allah itu datang, dia akan menyatakan kepada kamu kebenaran Allah dengan sepenuh-penuhnya." (Yohanes 16:13)
Dia datang untuk memuliakan Kristus.
"Dia akan menyatakan kemuliaan-Ku, sebab dia akan menerima daripada-Ku segala yang akan dinyatakannya kepadamu." (Yohanes 16:4).
Dia mengesahkan hubungan anda dengan Tuhan.
"Orang-orang yang dipimpin Roh Kudus, adalah anak-anak Allah. Sebab Roh yang diberikan oleh Allah kepada kamu tidak menjadikan kamu hamba-hamba, sehingga kamu hidup di dalam ketakkutan. Sebaliknya Roh Kudus itu menjadikan kamu anak-anak Allah. Dan dengan kuasa Roh Kudus jugalah kita memanggil Allah itu 'Bapa! Bapaku!' Roh Kudus bersatu dengan roh kita supaya menyaksikan bahawa kita ini anak-anak Allah." (Roma 8:14-16).
Dia sumber kualiti-kualiti Kristus di dalam hidup anda.
"Sebaliknya, hasil pimpinan Roh Kudus ialah kasih, sukacita, kesejahteraan, kesabaran, budi, kebaikan, kesetiaan, kerendahan hati, dan pengawalan diri." (Galatia 5:22,23a).
a) Yang mana daripada kualiti-kualiti berikut yang anda ingin Tuhan mula mengembangkan dalam hidup anda?
(Yesus berkata) "Tinggallah bersatu dengan Aku dan Aku pun akan tinggal bersatu dengan kamu. Kecuali cabang itu lekat pada pokoknya tidak dapat ianya berbuah; sama halnya, kecuali kamu tinggal bersatudengan Aku, kamu tidak mungkin berbuah." (Yohanes 15:4,5).
Yesus berkata kita harus bergantung dan bersatu dengan-Nya untuk melihat kualiti-kualiti-Nya dihasilkan dalam hidup kita. Dan Dia juga memberi kita kuasa untuk memberitahu orang lain tentang Dia.
(Yesus berkata) "Tetapi kamu akan dilengkapi dengan kuasa apabila Roh Kudus datang dan menguasaimu, dan kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yahudiah dan Samaria, bahkan ke seluruh dunia." (Kisah Rasul-rasul 1:8).
b) Pada pendapat anda, mengapa anda memerlukan kuasa Roh Kudus untuk memberitahu orang lain apa yang anda mengetahui tentang Yesus? (jawapan di bawah)


2. Bukan semua orang Kristian mengalami kuasa Roh Kudus.
Walaupun Roh Kudus mendiami semua orang Kristian, bukan semua dipimpin dan dikuasai oleh Dia. Alkitab menyatakan kepada kita bahawa ada tiga jenis manusia, iaitu -- duniawi, Kristian rohani dan Kristian duniawi -- yang mengambarkan respons yang berlainan terhadap Tuhan (lihat 1 Korintus 2:12 -3:3).
Orang Duniawi
Bulatan ini mengambarkan hidup seseorang, dan takhta mengambarkan kuasa. Orang duniawi belum menerima Kristus, dan Roh Kudus tidak mendiami dia. Kristus bukan sebahagian daripada hidupnya; Dia berada di luar bulatan. Orang duniawi menguasai hidupnya sendiri.
Orang Kristian Rohani
Orang Kristian rohani telah menerima Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamatnya, dan mempercayai Roh Kudus untuk menjalani kehidupan Kristian. Kristus bukan saja di dalam hidupnya, tetapi juga menguasainya.
Orang Kristian Duniawi
Orang Kristian duniawi juga telah menerima Yesus sebagai Penyelamat, tetapi mempercayai usaha dirinya sendiri untuk menjalani kehidupan Kristian. Orang ini masih menguasai hidupnya dan bertindak seperti orang duniawi. Kristus berada di dalam hidupnya, tetapi tidak menguasai hidupnya.
Bulatan manakah satu yang mengambarkan kehidupan anda?

3. Anda boleh dipenuhi oleh Roh Kudus.
Di dalam Efesus, fasal 5, ayat18, Tuhan memerintah kita:
"Janganlah kamu mabuk kerana wain, yang akan merosakkan kamu. Sebaliknya, biarlah diri kamu dipenuhi Roh Kudus."
Ketika kita membiarkan Roh Kudus memenuhi dan menguasai kita, Dia akan menghasilkan buah Roh di dalam hidup kita dan membolehkan kita memberitakan kepada oranglain tentang Kristus.
Tetapi bagaimana kita membiarkan Roh Kudus memenuhi dan menguasai kita?
Pertama, mengakui segala dosamu.
"Seandainya ada niat jahat dalam hatiku, tentulah Tuhan tidak mahu mendengar."(Mazmur 66:18)
Pada pendapat kamu, mengapakah kita harus mengakui semua dosa untuk dipenuhi oleh Roh Kudus?
Kedua, serahkan setiap hal dalam hidupmu kepada Kristus.
"Dosa tidak lagi boleh menguasai hidupmu yang insani, sehingga kamu ditaklukkan hawa nafsumu sendiri. Janganlah menyerahkan sebarang anggota tubuhmu kepada kuasa dosa supaya digunakan untuk maksud-maksud yang jahat. Melainkan serahkanlah dirimu kepada Allah sebagai orang-orang yang telah diselamatkan dari maut kepada hidup. Serahkanlah segenap tubuhmu kepada Allah supaya digunakan untuk maksud-maksud yang baik." (Roma 6:12,13).
Ketiga, mempercayailah bahawa Roh Kudus akan memenuhi anda. Ini hanya mungkin dengan iman -- mempercayai Tuhan untuk membentuk hidup anda ketika anda menyerahkan hidupmu kepada Dia. Apa yang harus anda lakukan ialah meminta. Tuhan berjanji untuk mengabulkan doamu yang mengikut kehendak-Nya.
"Dan inilah keberanian percaya kita kepada-Nya, iaitu bahawa Dia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatukepada-Nya menurut kehendak-Nya. Dan jikalau kita tahu bahawa Dia mengabulkan apa saja yang kita minta, maka kita juga tahu bahawa kita telah memperoleh segala sesuatu yang telah kita minta daripada-Nya." (1 Yohanes 5:14,15).
Oleh sebab kehendak Tuhan ialah anda dipenuhi oleh Roh-Nya, anda boleh mempercayai-Nya bahawa Dia akan mengabulkan doamu. Berikut adalah satu cadangan doa:
"Ya Bapa, saya mengaku bahawa selama ini saya telah menguasai hidup saya dan oleh itu saya telah berdosa terhadap Engkau. Saya bersyukur bahawa Engkau mengampunkan dosa-dosa saya melalui kematian Kristus di atas salib. Sekarang saya mengundang Kristus untuk menguasai dan bertakhta dalam hidupku. Penuhilah saya dengan Roh Kudus. Sebagai suatu pernyataan iman, saya mengucap syukurkepada-Mu kerana Engkau menguasai dan memenuhi hidupku dengan Roh Kudus."
Apakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Jika ya,ucapkanlah doa ini sekarang juga dan percayalah bahawaTuhan akan memenuhi hidupmu dengan Roh Kudus.


4. Anda boleh terus-menerus dikuasai oleh Roh Kudus.
Jika anda mendapat tahu bahawa anda telah sekali lagi menguasai hidup anda kerana dosa, praktikkanlah"pernafasan rohani". Anda perlu menghembuskan nafas yang kotor dengan mengakui dosa anda, dan menarik nafas dengan menyerahkan hidup anda kepada Yesus. Mintalah Tuhan dengan iman untuk memenuhi anda dengan Roh-Nya.
Menghembuskan Nafas
"Tetapi jika kita mengaku dosa-dosa kita kepada Allah, Dia akan memenuhkan janji-Nya dan melakukan apa yang yang benar. Dia akan mengampunkan dosa-dosa kita dan membersihkan kita dari segala kesalahan." (1 Yohanes 1:9). Sila baca juga Ibrani 10:1-25.
Ingat, pengakuan melibatkan:
Bersetuju dengan Tuhan bahawa anda telah berdosa.
Mengucap syukur kerana Dia telah mengampunkan anda.
Mempercayai-Nya untuk mengubah sikap-sikap dan tindakan anda yang salah.
Menarik Nafas
Menyerahkan takhta hidup anda kepada Kristus.
Mempercayai bahawa Dia akan memimpin dan menguasai anda.
Cadangan untuk Bertumbuh Selanjutnya
Terus meluangkan masa selama 15 minit setiap hari untuk bersama dengan Tuhan melalui pembacaan Alkitab dan doa.
Kesimpulan:
Roh Kudus merupakan sumber kuasa untuk menjalani kehidupan Kristian. Anda harus mengakui dosa sebaik saja anda sedar bahawa anda telah jatuh dalam dosa. Mempercayai Tuhan untuk menguasai hidup anda, minta Dia untuk memenuhi anda dengan Roh Kudus.
Pelajaran Seterusnya(4):Anda hanya boleh mempercayai Tuhan setakat mana anda mengenali Dia. Belajarlah bagaimana anda boleh mengenali Dia dengan lebih mendalam di Pelajaran 4..

Pelajaran 4: Bertumbuh dalam Hubungan anda dengan Yesus.

Kerana Roh Kudus memimpin hidup anda, anda akan mengalami hubungan yang lebih intim dengan Tuhan. Anda akan bertumbuh dalam iman anda dan dapat mempercayai Tuhan untuk lebih banyak hal.

1. Apakah maknanya bertumbuh dalam hubungan dengan Yesus?
Bertumbuh dalam hubungan anda dengan Yesus bermakna mengenali Dia lebih mendalam lagi, lebih mengasihi dan mentaati Dia. "Inilah kehidupan kekal: iaitu supaya orang mengenali Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan Yesus Kristus yang telah Engkau utuskan." (Yohanes 17:3).
"Yesus menjawab, 'Hendaklah engkau mengasihi Allah Tuhanmu dengan segenap hatimu, dan dengan segenap jiwamu, dan dengan segenap fikiranmu.' Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting!" (Matius 22:37,38)
Apabila kasih anda terhadap Tuhan bertumbuh, anda akan mentaati perintah-perintah-Nya.
(Yesus berkata)"Barangsiapa menerima dan menurut perintah-perintah-Ku, orang itulah yang mengasihi Aku. Bapa-Ku akan mengasihi orang yang mengasihi Aku, dan Aku pun akan mengasihinya dan menyatakan diri-Ku kepada-Nya." (Yohanes 14:21)
Sebagaimana seorang kanak sewajarnya bertumbuh dalam hubungannya dengan ibu-bapa, begitu juga anda sewajarnya bertumbuh dalam hubungan anda dengan Tuhan.


2. Bagaimana anda boleh bertumbuh dalam hubungan anda dengan Yesus?
Komunikasi adalah penting bagi sebarang hubungan. Terdapat empat aspek komunikasi yang akan membantu anda mengembangkan hubungan anda dengan Yesus.
i) Tuhan berkomunikasi dengan kita melalui Alkitab, memperlihatkan sifat-Nya dan kehendak-Nya.
"Seluruh Alkitab itu diilhami Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, menegur apa yang salah, membetulkan apa yang keliru, dan memberi petunjuk untuk kehidupan yang menurut kehendak Allah, supaya orang yang melayani Allah boleh dipilih dan dilengkapi untuk segala macam pekerjaan yang baik." (2 Timotius 3:16,17).
Yang manakah daripada manfaat-manfaat pembacaan Alkitab ini adalah sangat membantu anda sekarang?
ii) Kita berkomunikasi dengan Tuhan melalui doa -- mengongsikan fikiran, keperluan dan keinginan kita melakukan kehendak-Nya.
"Janganlah khuatir tentang apa pun, tetapi di dalam segala doamu, mintalah kepada Allah untuk apa yang kamu perlu, dan selalu mintalah dengan hati yang bersyukur. Kesejahteraan Allah yang jauh lebih daripada pengertian manusia akan memeliharakan hati dan fikiran kamu kerana persekutuan kamu dengan Kristus Yesus." (Filipi 4:6,7).
"Kita berani di hadapan Allah sebab kita pasti Dia mendengarkan kita apabila kita memohon kepada-Nya untuk apa sahaja asalkan menurut kehendak-Nya. Dia mendengarkan kita manakala kita bermohon kepada-Nya. Oleh sebab kita tahu bahawa ini benar, kita tahu juga bahawa Dia memberikan kita apa yang kita minta daripada-Nya." (1 Yohanes 5:14,15)
Ayat-ayat ini memberitahu kita bahawa kita boleh mendoakan apa hal juga. Apabila kita berdoa menurut kehendak Allah, Dia mendengar dan akan menjawab doa kita. Mengucap syukur kepada Allah adalah juga sebahagian daripada berdoa.
"Bersyukurlah dalam segala keadaan. Inilah yang Allah hendak kamu lakukan dalamkehidupan kamu sebagai orang yang bersekutu dengan Kristus Yesus." (1 Tesalonika 5:18)"Bersyukurlah sentiasa bagi segala-galanya kepada Allah Bapa dengan nama Yesus Kristus Tuhan kita." (Efesus 5:20)
Mengucap syukur kepada Allah menyatakan bahawa kita mempercayai Dia.
Apakah beberapa hal yang anda boleh mendoakan?
iii) Kita berkomunikasi dengan orang Kristian melalui persekutuan -- mendorong dan membimbing satu sama lain.
"Biarlah kita perhatikan keperluan satu sama lain, dan menolong satu sama lain menunjukkan kasih serta berbaik-baik. Janganlah kita berhentikan kebiasaan kita berkumpul bersama-sama, sebagaimana dengan sebahagian saudara-saudara itu. Sebaliknya biarlah kita lebih lagi menggalakkan satusama lain, sebab kita tahu bahawa Hari Tuhan, hari bilaDia akan datang lagi itu, telah dekat." (Ibrani 10:24,25).
Bersekutu dengan orang Kristian lain adalah penting untuk saling mendorong supaya mengasihi dan berbuat baik. Perkataan Yunani untuk persekutuan,"koinoia", bermakna"berkongsi". Kita perlu mengongsikan pengalaman Kristian kita kepada orang lain yang mengasihi Allah, dan juga membiarkan mereka berkongsi dengan kita. Allah telah menubuhkangereja sebagai tempat untuk kita bertemu dengan orang Kristian lain untuk mempelajari tentang Allah. Pengajian Alkitab dan pertemuan lain juga sangat membantu.
iv) Kita berkomunikasi dengan orang lain yang tidakmengenal Tuhan secara peribadi dengan bersaksi -- berkongsi tentang hubungan kita dengan Yesus.
"Keselamatan datang daripada-Nya sahaja, sebab tiada lagi di seluruh dunia ini nama yang dikurniakan Allah kepada manusia, yang dengannya kita diselamatkan." (Kisah Rasul 4:12).
Apakah yang mendorong anda untuk bersaksi kepada orang lain tentang Yesus?
Siapakah yang anda ingin beritahu tentang apa yang Yesus telah melakukan dalam hidup anda?
Cadangan-cadangan untuk Pertumbuhan Selanjutnya
Tetapkan masa dan tempat untuk saat teduh harian (membaca Alkitab dan berdoa). Mulailah dengan membaca Injil Yohanes. Berdoa dan meminta Allah memperlihatkan Diri-Nya kepada anda dan bagaimana anda boleh memberi respons kepada-Nya.
Mengkaji petikan-petikan lain, seperti apa yang diberikan dalam pelajaran ini dan Mazmur 1, 34, 103 and 145; Matius 7:7-11; Lukas 9:23-26; Yohanes 15:1-7; 1 Korintus 12:12-27; 2 Korintus 5:17-21; dan Kolose 1:9-12.
Ini merupakan permulaan kehidupan Kristian anda. Adalebih banyak lagi untuk dipelajari yang tidak terkandung dalam keempat-empat pelajaran ini. Ambillah inisiatif hari ini juga untuk mencari sebuah gereja berdekatan.
Kesimpulan
Ketika anda bergantung pada Roh Kudus untuk membaca Alkitab, berdoa, bersekutu dengan orang Kristian lain, dan bersaksi untuk Yesus, Allah akan menghasilkan buah Roh Kudus dalam hidup anda dan anda akan bertumbuh secara rohani.

Mencari Sebuah Gereja.


Ketika anda mencari sebuah gereja yang dapat memenuhi keperluan anda dan sesuai bagi anda, anda juga harus mempertimbangkan beberapa faktor seperti berikut:
Gereja itu harus percaya bahawa:
1. Alkitab adalah kata-kata Tuhan yang tidak ada sebarang kesilapan (2 Timotius 3:16).
2. Tuhan adalah Tritunggal -- Tuhan Bapa, Anak Tuhan, dan Roh Kudus (Yohanes 14:26; Matius 28:18,19).
3. Keselamatan adalah kerana kasih karunia Tuhan melalui iman pada Yesus Kristus sahaja (Yohanes 14:6, Efesus 2:8,9).
4. Kematangan rohani dicapai apabila seseorang setia berdoa, membaca dan mengkaji Alkitab, dan melaksanakan apa yang dipelajari (2 Timotius 3:16,17; Kolose 2:6,7).
Berdoalah agar Tuhan memimpin anda ke sebuah gereja yang dapat membantu anda bertumbuh secara rohani..

TUHAN MEMBERKATI!

FREE WILL (Kehendak Bebas)

Setiap manusia di dunia ini mempunyai free will atau kehendak bebas. Ketika saya menyedari hal ini, saya melihat betapa Allah begitu baik dan sangat menghargai kita. Dia tidak memperlakukan kita seperti robot, namun Dia memberikan kebebasan bagi kita dalam memilih. Berikut kutipan dari bahan saat teduh yang saya baca dan renungkan berkaitan dengan free will:

Free will merupakan salah satu anugerah terbesar yang Allah berikan pada manusia, yang diciptakanNya serupa dengan gambar dan teladanNya. Sebagian besar hidup kita, tanpa kita sadari, berisi pilihan-pilihan yang kita buat dari waktu ke waktu, termasuk pilihan untuk mencintai Tuhan. Allah memberi kita free will agar kita menetapkan sendiri bahwa bila kita mengasihiNya, itu kerana kita memilih untuk melakukannya, bukan kerana terpaksa. Cinta sejati lahir ketika kita ada pilihan.

Pada sejumlah kejadian, penderitaan terjadi sebagai konsekuensi dari pelaksanaan free will (kehendak bebas/pilihan moral) dari seseorang yang kemudian membawa akibatnya kepada diri sendiri dan orang lain.

Yaa, tepat sekali. Kita telah melihat dengan jelas bagaimana manusia pertama (Adam dan Hawa) jatuh dalam dosa kerana mereka memilih untuk tidak taat pada perintah Allah. Setiap pilihan yang kita buat pasti mendatangkan konsekuensi!

Hati saya begitu sedih ketika melihat seseorang yang telah mengerti mana yang baik dan mana yang buruk, namun tetap saja ia memilih yang buruk. Saya bertanya-tanya kepada Tuhan, bagaimana caranya supaya ia boleh sedar, namun kembali saya diingatkan olehNya mengenai free will ini. Saya menyedari bahwa Tuhan saja memberikan kebebasan bagi manusia untuk memilih, mengapa saya harus membatasi apa yang tidak Tuhan batasi.

Di sisi lain, saya merasa memiliki tanggung jawap moral untuk menasihati, menegur, dan mengingatkan seseorang apabila ia telah melakukan sesuatu yang salah atau berpotensi membahayakan dirinya. Di sini seolah-olah ada sebuah dilema. Namun, kalau kita menelaahnya dengan lebih jernih kita pun akan mendapat jawapannya.

Ya, pilihan tetap berada di tangan masing-masing individu. Yang boleh kita lakukan hanyalah mencuba mengarahkannya agar ia berhati-hati dan tidak salah memilih. Ketika mengambil sebuah pilihan, maka ia harus berani mempertanggungjawapkannya, apalagi jika pilihan yang ia buat tidak hanya untuk dirinya sendiri, tetapi berpengaruh kepada orang lain. Ia harus siap akan segala keadaan akibat pilihannya.

Tapi ini belum final! Manusia ternyata tidak mampu bertanggungjawab atas pilihannya. Adam dan Hawa ketika mendapati bahwa mereka telanjang, mereka berusaha menutupi tubuh mereka dengan daun. Apakah hal ini berhasil? Tidak! Allah yang memberi jalan keluar dengan mengenakan pakaian dari kulit binatang untuk mereka. Di sinilah kita melihat bagaimana Allah merancang karya penyelamatanNya bagi manusia. Manusia tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri, segala usaha yang mereka lakukan sia-sia. Hanya Allah yang dapat menyelamatkan kita. Begitu juga dalam memilih, kita yang “BUTA” ini tidak dapat berjalan sendiri tanpa ada Allah yang menuntun. Hanya dengan melekat padaNya-lah kita dapat melihat dan menilai segala sesuatu dengan benar. Dan hanya Dialah yang dapat memampukan kita mengambil pilihan dengan tepat. Ketika kita tinggal di dalam Dia, dan Ia di dalam kita, maka pastilah apapun yang kita kehendaki akan selaras dengan kehendakNya atau dengan kata lain Ia akan menaruh kehendakNya dalam hati kita.

Saya teringat akan janji Tuhan yang sangat indah yang terdapat dalam kitab Yehezkiel berikut ini:

Kamu akan Kuberikan hati yang baru, dan roh yang baru di dalam batinmu dan Aku akan menjauhkan dari tubuhmu hati yang keras dan Kuberikan kepadamu hati yang taat.
Roh-Ku akan Kuberikan diam di dalam batinmu dan Aku akan membuat kamu hidup menurut segala ketetapan-Ku dan tetap berpegang pada peraturan-peraturan-Ku dan melakukannya. (Yehezkiel 36:26-27)

Ada orang yang mengatakan bahwa kerana hidup ini adalah hidupnya, maka dialah yang sepatutnya menentukan apa yang akan dipilihnya. Benarkah demikian? Jelas jawapannya tidak! Hidup kita bukan milik kita, melainkan milik Kristus. Dialah yang telah menebus kita dengan tubuh dan darahNya, Dialah pemilik hidup kita (bdk Gal 2:20)! Justru yang harus kita lakukan adalah menyerahkan segenap hidup kita bagiNya, agar kehendakNya-lah yang terjadi dalam hidup kita. Mempercayakan hidup kita sepenuhnya kepada Allah, tidak hanya untuk kekekalan, namun juga selama kita hidup di dunia ini. Setiap hal, sekecil apapun, semua ada di tanganNya.

Jika dihubungkan dengan free will tadi, secara peribadi saya memilih untuk menyerahkan pilihan saya ke dalam tanganNya. Saya sedar bahawa saya tidak mampu memilih sendiri. Respon selanjutnya ialah saya berusaha mencari tahu apa yang Ia inginkan. Dan setelah mengetahuinya, langkah berikutnya adalah taat melakukan apa yang Ia kehendaki. Ketika kita taat menjalankan apa yang Ia kehendaki untuk kita lakukan, maka kita tidak perlu risau sedikit pun, kerana Tuhan-lah yang menjamin kita.

Saudara/ri....jangan sampai kita salah memilih. Libatkan Tuhan dalam setiap keputusan yang akan kamurang ambil. Dialah pribadi pertama dan utama yang harus kita tuju. Jangan lengah akan hal ini. Dan jika Tuhan telah memberitahu kita dengan jelas mana yang baik dan mana yang buruk , yang sesuai kehendakNya dan yang tidak berkenan kepadaNya, maka jangan kita keras kepala. Taat dan tunduk pada kehendakNya. Ingatlah bahwa segala sesuatu yang kita lakukan di luar Tuhan, tidak akan mendatangkan kebaikan/damai sejahtera namun justru kesia-siaan. TETAP BERJAGA-JAGA & BERDOALAH!

‎PENGAJARAN TUHAN YESUS TENTANG "EKONOMI KERAJAAN ALLAH"

P E N D A H U L U A N

Kita akan belajar bagaimana dengan Ekonomi Kerajaan Allah. Kita boleh tetap mengumpulkan harta di Sorga dan keperluan kita saat ini juga pasti tercukupi.

F O K U S

1. Mazmur 126 Mazmur 126 memiliki judul “Pengharapan di tengah-tengah penderitaan.” Mazmur ini adalah nyanyian ziarah, yang memiliki pengertian sebuah nyanyian yang dinyanyikan untuk memperingati sebuah kejadian yang pernah terjadi dan dengan pengharapan supaya terjadi lagi di masa sekarang. Nyanyian ini adalah bukti dari berkat dan perlindungan Tuhan terhadap ekonomi umatNya. Mazmur 126:1-3, menunjukkan sebuah kejadian yang telah terjadi dan terbukti. Bagaimanakah ayat 1-3 dapat terjadi? Pemulihan yang luar biasa dapat terjadi, kerana mereka :

1.1. Ditopang dengan penuh pengharapan kepada Tuhan. Nyatakan pengharapan kita kepada Tuhan dengan berdoa. (Mazmur 126:4)

1.2. Berjalan dalam ekonomi Kerajaan Allah – menabur dan menuai. (Mazmur 126:5-6). Menabur dan menuai adalah kerja seorang petani. Seorang petani akan menuai panen besar, jika dia rela untuk menaburkan benih. Tuhanlah yang akan membuat benih itu tumbuh menjadi besar dan menghasilkan banyak buah. Ketika Yerusalem dikepung Sanherib, Tuhan memberi mereka perlindungan dan memelihara mereka dengan cara menabur dan menuai (Yesaya 37:30).

2. Amsal 11 : 24 – 31 Amsal mengajarkan bahwa kita bisa menabur dengan segala macam perkara, bukan hanya wang saja. Taburlah kebaikan, kebenaran, menolong orang lain dan lain-lain. Kita akan menerima apa yang kita tabur, jika kita menolong orang lain, maka kitapun akan juga ditolong orang lain, anak cucu kita nanti akan di tolong Tuhan melalui orang lain. Jika kita mendoakan orang lain, akan ada orang lain juga yang mendoakan kita.

3. Lukas 6 : 38 Dalam menabur dan menuai, milikilah ukuran yang baik, kerana seperti ukuran yang kita pakai, dengan ukuran tersebut kita akan menuai. Jika kita menabur, taburlah dengan sungguh-sungguh kerana hati kita mengasihi Tuhan, bukan masalah besar kecilnya tetapi kualitasnya. Contoh seperti Persembahan janda miskin (Lukas 21:1-4)

K L I M A K S

Kita harus memakai sistem Ekonomi Kerajaan Allah dalam kehidupan kita, kerana inilah cara Tuhan dalam memberkati kehidupan kita, memenuhi keperluan kita dan kita juga dapat mengumpulkan harta di Sorga.
TUHAN YESUS Memberkati Pelayanan Anda...

ADA WATKU UNTUK SEGALANYA

''Untuk segala sesuatu ada masanya, untuk apapun di bawah langit ada waktunya. Ada waktu untuk lahir, ada waktu untuk meninggal, ada waktu untuk menanam, ada waktu untuk mencabut yang ditanam; ada waktu untuk membunuh, ada waktu untuk menyembuhkan; ada waktu untuk merombak, ada waktu untuk membangun; ada waktu untuk menangis, ada waktu untuk tertawa; ada waktu untuk meratap; ada waktu untuk menari; ada waktu untuk membuang batu, ada waktu untuk mengumpulkan batu; ada waktu untuk memeluk, ada waktu untuk menahan diri dari memeluk; ada waktu untuk mencari, ada waktu untuk membiarkan rugi; ada waktu untuk menyimpan, ada waktu untuk membuang; ada waktu untuk merobek, ada waktu untuk menjahit; ada waktu untuk berdiam diri, ada waktu untuk berbicara; ada waktu untuk mengasihi, ada waktu untuk membenci; ada waktu untuk perang, ada waktu untuk damai. PKH 3.1-8''

-HUKUM YANG MANUSIA TAK BOLEH UBAH ADALAH HUKUM WAKTU-

FAKTA:BAGAIMANA SEKALI HEBATNYA SEORANG MANUSIA ITU DIA TAK AKAN BOLEH UBAH WAKTU YANG TELAH DITENTUKAN TUHAN!

( Aku adalah Alfa dan Omega, firman Tuhan Allah, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang, Yang Mahakuasa. WHY 1.8)

‎~ HARGAI WAKTU ~

Kenapa Waktu itu begitu berharga? bahkan kadang penyesalan itu datangnya belakangan, begitu kita sedar kalau semuanya sudah terlambat baru kita menyesal. Yang perlu kita ketahui mengenai waktu.

Waktu itu:

1. WAKTU TIDAK BOLEH KEMBALI.
kadang-kadang kita cuma boleh menyesali apa yang sudah terjadi di belakang kita. Think wise! jangan berhenti pada masa lalu, kehidupan yang akan kita jalani ke depan jauh lebih panjang dan berarti.

2. WAKTU TIDAK BOLEH MENUNGGU.
terhadap siapapun, mau orang kaya, miskin, anak-anak, orang tua, waktu tidak kenal kata "tunggu dulu". Waktu akan terus berjalan tanpa ada yang boleh menghalangi. Jadi, berhentilah berandai-andai "andai boleh saya menghentikan waktu". Hadapilah masalah yang ada, tentunya dengan menjadikan Tuhan sebagai jawapan atas setiap masalah yang ada, kerana pemikiran-pemikiran kita cenderung negatif ketika menghadapi masalah.

3. WAKTU TIDAK BOLEH DIMILIKI, TETAPI HANYA BOLEH DIPAKAI.
Kejayaan yang lalu biarlah berlalu, kita tidak boleh terus membanggakan kenangan masa lalu kita. teruslah berkarya untuk menghasilkan yang lebih baik. JANGAN CEPAT MERASA SOMBONG dengan apa yang kita telah capai sekarang. Tetaplah mengucap syukurlah.

Jadi, sudah tepatkah saudara dalam menggunakan waktu saudara? Belajarlah dengan bijak dalam menggunakan hari-hari saudara, KERANA hari-hari ini semakin jahat.

FIRMAN YANG MENYELAMATKAN JIWA..

Sebab itu buanglah segala sesuatu yang kotor dan kejahatan yang begitu banyak itu dan terimalah dengan lemah lembut firman yang tertanam di dalam hatimu, yang berkuasa menyelamatkan jiwamu. (Yak 1:21)

Tidak semua orang yang membaca alkitab dapat memahami hikmat didalam ayat-ayat tersebut tanpa ikut campur kuasa Roh Kudus. Bahkan beberapa orang menggunakan alkitab sebagai ubat tidur yang mujarab. kerana iblis tidak akan membiarkan kita dikuasai Firman Tuhan. Iblis berusaha menutupi mata rohani supaya setiap orang yang membaca alkitab tidak akan pernah memahami isi Firman Tuhan supaya jiwanya tidak dapat di selamatkan. Firman Tuhan memiliki kuasa untuk menyelamatkan jiwa.

Bagaimana supaya seseorang dapat menerima Firman Tuhan masuk kedalam hatinya dan menjadi remah dalam kehidupannya?
Ayat di atas mengatakan "BUANGLAH SEGALAH SESUATU YANG KOTOR DAN KEJAHATAN YANG BEGITU BANYAK ITU. ”
Supaya dapat memahami Firman Tuhan dan Firman itu berkuasa dalam kehidupan manusia, caranya hanya dengan membuang kebiasan dosa dan menyakiti sesama manusia.

Semakin banyak dosa dalam kehidupan maka semakin seseorang terjerumus lebih ke dalam lembah dosa dan semakin jauh dari Yesus Kristus. Mari kita ubah kebiasaan kehidupan kita supaya bersih dan tidak kotor serta mulai mengasihi sesama.

Betapa istimewanya kita...

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang.

*Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.*

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita boleh mendengarkan semuanya dari dua buah sisi.

*Untuk boleh mengumpulkan pujian dan kritik dan menyeleksi mana yang benar dan mana yang salah.*

Kita lahir dengan otak didalam tengkorak kepala kita.Sehingga tidak peduli semiskin apapun kita, kita tetap kaya.

Kerana tidak akan ada satu orang pun yang boleh mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita.

*Dan apa yang kita fikirkan dalam otak kita jauh lebih berharga dari pada emas dan perhiasan.*

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut.

Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut boleh menyakiti, boleh membunuh, boleh mengoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan.

*Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.*

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh didalam tulang badan kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam.

*Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.*


*Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemukan cinta yang jauh lebih indah.*

KATA BIJAK:
Lebih baik langsung menghadapi risiko daripada hidup dalam ketakutan!

Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. (Yoh 1:1)

BERSIKAP SABAR!

Orang yang sabar besar pengertiannya, tetapi siapa cepat marah membesarkan kebodohan.( Amsal 14:29 )

Sikap sabar dan tenang akan menolong kita untuk mengerti situasi yang sedang kita hadapi. Dengan sikap ini kita bisa lebih peka untuk melihat apa yang Tuhan mau singkapkan dari situasi yang sedang kita hadapi, sehingga kita akan mendapat pengertian untuk menentukan sikap atau tindakan apa yang harus kita ambil terhadap situadi tersebut. Tetapi kemarahan akan membutakan semuanya itu.

Berkat-Berkat Tuhan yang telah dilimpahkan-Nya

Marilah kita hitung berkat-berkat Tuhan yang telah dilimpahkan-Nya kerana kasih setia-Nya kepada kita sebagai anak-anak-Nya. Dijaga dan dilindungi dengan kasih-Nya pada tidur kita malam ini,dan kita bangun pagi nanti kerana kita diizinkan-Nya bangun untuk menikmati indahnya hari seterusnya, kita merasakan hangatnya sinar matahari sejak terbit diufuk timur sampai tenggelam di ufuk barat adalah menandakan kehadiran-Nya disamping kita untuk menyertai kita setiap waktu, diberikan-Nya kepada kita keluarga yang baik (Istri/Suami dan anak-anak) penuh kebahagian, diberikan kepada kita makanan yang kita telah hidangkan sepanjang hari, dibimbing dan ditolong kita melakukan aktifiti sepanjang hari dengan hasil yang telah kita capai itulah diantaranya berkat berkat yang sudah pasti telah kita terima sepanjang hari..... marilah kita juga untuk tetap setia mengucapkan syukur terima kasih kepada Tuhan atas berkat-berkat-Nya yang telah kita terima dan selalu memuji serta memuliakan Nama dan kebesaran-Nya...... biarlah pula berkat-Nya pula yang menjaga dan melindungi tidur kita pada malam ini dan atas izin-Nya kita bangun besok pagi dengan kesegaran dan kekuatan jiwa raga yang baru. (“Pujilah Tuhan, hai segala bangsa, megahkanlah Dia, hai segala suku bangsa ! Sebab kasih-Nya hebat atas kita, dan kesetiaan Tuhan untuk selama-lamanya. Haleluya !,” Mazmur 117:1-2)

TEGURAN dan PERINGATAN

Dalam segala aspek kehidupan, Tuhan telah menempatkan orang-orang yang diberi mandaat untuk menegur/memperingatkan kita. Sebaliknya, jika kita dipakai Tuhan untuk menjadi penegur dan pengingat, maka Tuhan juga pasti memberikan hikmat dan keberanian ekstra kepada kita. Demikian pula dalam kehidupan kita sebagai orang yang percaya kepada Tuhan, Tuhan akan menolong, memimpin, melindungi, menyertai dan memberkati kita. Tuhan punya segala cara yang terbaik, untuk menegur/memperingatkan kita. Melalui sebuah keadaan/melalui orang lain yang secara langsung memberi peringatan.
Kita tentu tidak mengetahui apa yang akan terjadi esok hari/lusa. Tetapi Tuhan kita Maha Tahu. Tuhan punya cara yang terbaik untuk menarik perhatian kita sehingga kita menikmati perlindungan dan pertolonganNya. Jika kita memiliki sikap siap siaga dan peka setiap saat, maka kita menjadi pribadi yang mudah untuk dituntunNya. Asal kita selalu mengucap syukur dalam segala perkara maka hal yang buruk boleh diubah menjadi hal yang indah di tangan Tuhan..

‎"KEINGINAN DAN KEPERLUHAN"

Sering kali kita agak susah membezakan keinginan dan keperluhan.
Untuk membezakannya, tundalah untuk memenuhinya. Bila kita tunda dan kita boleh melupakannya, bererti itu hanya keinginan saja.
Tapi bila semakin kita tunda semakin terasa mengapitkan kita, bererti itu adalah suatu keperluhan yang perlu segera kita penuhi.

Diperlukan hikmat, kemampuan dan kebijaksanaan agar kita dapat menguji keduanya itu

Amsal 8:11-12
"Karena hikmat lebih berharga dari pada permata, apapun yang diinginkan orang, tidak dapat menyamainya.
Aku, hikmat, tinggal bersama-sama dengan kecerdasan, dan aku mendapat pengetahuan dan kebijaksanaan."

Mengapa orang menikah?

Kerana mereka jatuh cinta.
Mengapa rumah tangganya kemudian bahagia?

Apakah kerna jatuh cinta? Bukan.
Tapi kerana mereka terus membangunkan cintanya.
Jatuh cinta itu mudah, 10 minit juga boleh.

Tapi membangunkan cinta itu susah sekali, perlu waktu seumur hidup.

Mengapa jatuh cinta itu mudah?
Kerana saat itu kita buta, bisu & tuli terhadap keburukan pasangan kita.

Tapi saat memasuki pernikahan,
tak ada yang boleh ditutupi lagi.
Dengan interaksi 24jam per hari 7hari dalam seminggu, semua belang tersingkap..

Di sini letak perbezaan jatuh cinta & membangunkan cintanya.
Jatuh cinta dalam keadaan menyukai. Namun membangun cinta diperlukan dalam keadaan membelintang.
Dalam keadaan membelintang, cinta bukan lagi berwujud pelukan, melainkan berbentuk iman yang baik memahami konflik & bersama2 mencari solusi yang dapat diterima semua pihak.

Cinta yang dewasa tidak menyimpan keunikan, walau ada berberapa hal peka untuk boleh diungkapkan seperti masalah keuangan, orang tua dan keluarga atau masalah sex..

Namun sepeka apapun masalah itu perlu dibicarakan agar kebelintangan tak berlarut.

Syarat untuk keberhasilan pembicaraan adalah kita boleh saling memperhitungkan perasaan.

Jika suami istri saling memperhatikan perasaan sendiri, mereka akan saling melukai.

Jika dibiarkan berlarut, mereka boleh saling memusuhi dan rumah tangga sudah berubah bukan surga lagi tapi neraka. Apakah keadaan seperti ini boleh diperbaiki ?

Tentu saja boleh, saat masing2 mengingat komitmen awal mereka dulu apakah dulu ingin mencari kawan hidup atau musuh hidup.
Kalau memang mencari pasangan kawan hidup kenapa sekarang malah bermusuhan??

Mencari kawan hidup memang dimulai dengan jatuh cinta.
Tetapi sesudahnya, bahagian terbesar adalah membangunkan cintanya.

Berarti mendewasakan cinta sehingga kedua pihak boleh saling mengoreksi, berunding, menghargai, tenggang rasa, menopang, setia, mendengarkan, memahami, mengalah dan bertanggung jawab.

Mau punya pasangan hidup?
Jatuh cintalah.
Tetapi sesudah itu bangunlah cinta.

Nasihat Seorang Ibu

Disuatu petang seorang anak gadis berkata pada mamanya, "Ma, ma selalu terlihat cantik. Saya ingin seperti mama. Beritahulah saya caranya."

Dengan tatapan lembut & senyum haru, si mama menjawap, "Untuk bibir yang menarik, ucapkanlah perkataan yang baik. Untuk lesung di pipi, tebarkanlah senyum ikhlas kepada siapa pun. Untuk mata yang indah menawan, lihatlah selalu kebaikan orang lain. Untuk tubuh yang langsing, sisihkanlah makanan untuk orang miskin. Untuk jemari tangan yang lentik menawan, hitunglah kebajikan yang telah diperbuat orang lain kepada kamu. Untuk wajah putih bercahaya, bersihkanlah kotoran batin.
AnakKu, janganlah mendambakan atau membanggakan akan kecantikan fizik, kerana itu akan pudar oleh waktu. Kecantikan perilaku tidak akan pudar, walaupun oleh kematian. Janganlah dandan berlebihan, kerana itu hanya dilakukan oleh mereka yang tidak percaya diri.”

”Jika kamu BENAR, maka kamu tidak perlu marah. Jika kamu SALAH, maka kamu tidak berhak marah.”

”Kesabaran dengan keluarga adalah KASIH. Kesabaran dengan orang lain adalah HORMAT. Kesabaran dengan diri sendiri adalah KEYAKINAN. Kesabaran dengan TUHAN adalah IMAN.”

”Jangan terlalu mengingat masa lalu, kerana itu akan membawa AIR MATA. Jangan terlalu memikirkan masa depan, kerana itu akan mendatangkan KETAKUTAN. Jalani hidup saat ini dengan senyum, kerana hal itu akan membawa KECERIAAN!”

”Setiap ujian dalam hidup ini boleh membuat kamu merasa pedih atau menjadi lebih baik. Setiap masalah yang timbul boleh menguatkan atau menghancurkan diri kamu. Pilihan ada di tangan kamu, apakah kamu akan memilih menjadi korban atau pemenang.”

”Carilah hati yang indah, bukan wajah yang cantik. Hal-hal yang indah tidak selalu baik, tapi hal-hal yang baik akan selalu indah.”

”Tahukah kamu, mengapa TUHAN menciptakan ruang antara jari tangan kita? Agar seseorang, yang menurutmu special, dapat datang dan mengisi ruang tersebut, dengan memegang tangan kita selamanya.”

‎~ Persahabatan sejati dilihat melalui hati bukan melalui mata ~

Apakah anda tahu hubungan antara dua biji mata anda? mereka berkedip bersama, bergerak bersama, menangis bersama, melihat bersama dan tidur bersama meskipun mereka tidak pernah melihat satu sama lain...

Amsal 27:6
"Seorang kawan memukul dengan maksud baik, tetapi seorang lawan mencium secara berlimpah-limpah."

Mungkin kita merasa sering dikecewakan oleh sahabat, kerana selama ini, kita mencari kawan yang hanya membuat merasa nyaman.

Tetapi ketika kawan kita terkadang sering menasihati, atau memotivasi kita untuk terus berkembang, kita menganggapnya sebagai tekanan dan kita menjauhinya.

Padahal itulah sahabat kita, mari renungkan sesungguhnya kita sudah diberikan oleh TUHAN sahabat yang baik.

Persahabatan seharusnya seperti itu saling menasihati, menopang dan mendukung kita tidak dapat hidup sendiri, kehidupan bagai neraka tanpa sahabat.

Ketika kita bangun dipagi hari, cuba kita hitung berapa banyak sahabat sejati yang kita miliki?
bila belum ada, tidak ada kata terlambat, bangunlah persahabatan mulai sekarang juga..