Friday 16 March 2012

Cikgu Bin Guru

Masihkah anda ingat para guru yang pernah mengajar anda semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah? Mungkin dah lupa-lupa, bukan? Atau mungkin ada juga yang anda ingat terutama sekali guru yang baik-baik dan guru-guru yang dianggap tegas dan "jahat" mungkin masih segar didalam fikiran anda. Memang ada guru yang hilang pertimbangan atau mungkin kerana begitu geram dengan kenakalan atau kelemahan atau mungkin juga dengan kedegilan dan kebodohan pelajar mereka telah bertindak agak keterlaluan sehingga ada para murid atau pelajar yang menjadi mangsa sifat ketidaksabaran mereka. Tetapi, kebanyakan para guru adalah baik dan perhatin. Mereka mahu melihat para murid mereka berjaya didalam pelajaran mereka.
Bagi saya, para guru tetap diantara insan yang tak mungkin dapat saya balas jasa dan bakti mereka kepadaku. Kerana dedaksi dan ketabahan mereka menjalankan tugas sebagai guru maka saya pandai menulis, membaca dan mengira. Kalau bukan kerana mereka manalah saya saya pandai menulis nama sendiri; Dan kalau bukan kerana hasil tunjuk-ajar mereka manalah membaca!(Pasti jadi buta huruf bah! dan surat cinta terpaksa minta tolong kawan baca. He he he...); Dan kalau bukan mereka manalah saya pandai mengira. (Kalau mau jadi tokey susah oh!) Syukurlah diatas jasa baik para guru. Sekurang-kurang pandai dan lulus juga 3M.
Sesungguhnya, hidup pastinya susah dan perit malah mungkin menderita kalau tulisan pun macam cakar ayam dan buta huruf. Tetapi, kerana jasa para guru maka kebanyakan daripada kita yang pernah dididik oleh para guru kita mempunyai kehidupan yang baik dan selesah. Malah ada diantara kita hidup dengan bahagia, kaya dan mewah. Kenapa? Kerana hasil daripada tunjuk-ajar para guru kita. Jestruitu, janganlah kita lupa para guru yang pernah mengajar kita. Kalau terjumpa mereka dimana, jangan lupa memberi salam dan ucapkan "Terima Kasih, Cikgu kerana mengajar saya dulu. Terima kasih banyak-banyak." Dan....kalau ngam-ngam ada bulan muda atau ada RM didalam saku, bah! Bawalah cikgu makan dan minum. Kasih belanja bah! Maklumlah jarang-jarang berjumpa. Bagus juga sambil makan, kita berborak-borak atau bercerita. 
Bagi guru-guru yang mungkin anda anggap sebagai "jahat" biarlah perkara itu berlalu. Maafkanlah guru-guru berkenaan. Kerana mungkin tindakan mereka pada masa itu manasabah dan berbaloi juga untuk kita. Mungkin kalau mereka tidak "mengajar dengan keras" mungkin sampai sekarang kita masih orang yang keras kepala dan mungkin pada hari ini kita masih "budak nakal" dan menjadi "sampah masyarakat. Tetapi disebabkan oleh ketegasan mereka yang kita anggap "jahat" , mereka telah berhasil memimpin kita menjadi manusia yang berdisplin, berjaya dan berguna kepada masyarakat dan kepada negara. 
Kisah yang pahit tak perlulah diungkit-ungkit lagi dan dikenang-kenang. Biarlah ia berlalu dan menjadi sejarah yang tidak perlu diheboh-hebohkan. Kata orang: " Ambillah yang jernih dan buanglah yang keruh."Sama ada kita mahu mengakuinya atau tidak hakikat ini tidak dapat kita sangkal dan nafikan bahawa: Guru berjasa kepada kepada kita dan jasa mereka itu tidak mungkin dapat kita balas dengan wang dan harta. Tetapi sekurang-kurangnya kita dapat menyatakan dengan iklas "TERIMA KASIH CIKGU, KERANA MENGAJAR SAYA."

Akhir sekali, Wahai para guru yang budiman, teruskan perjuangan dan kerjaya kamu yang mulia dan terhormat itu. Kami sebagai bekas murid sudah pasti tidak dapat membalas segala jasa baik kamu. Tapi, semoga dengan ucapan "Ribuan Terima Kasih" dapat diterima dengan baik. Dan kalau ada kesalahan kami yang dimasa-masa lalu sehingga menyakiti hati cikgu, kami pun meminta maaf. Cikgu-cikgu dan guru-guru," GOD BLESS ALL OF YOU.AMIN."

No comments:

Post a Comment