Friday 16 March 2012

Jangan kasi malu bah!

Sejak kebelakangan ini ada beberapa guru memasukkan karangan anak murid mereka didalam "Facebook." Karangan berkenaan memang lucu juga tetapi sedarkan para guru berkenaan bahawa tindakan mereka ini jelas menjatuhkan maruah murid berkenaan. Karangan mereka biasanya diberi markah "D" kerana banyak kesalahan dari segi ejaan dan penggunaan perkataan berunsur "bahasa pasar." Memang tidak dapat dinafikan bahawa mereka masih lemah maklumlah masih belajar. Tetapi kelemahan mereka janganlah dijadikan bahan ketawa. Kenapa kelemahan mereka ini didedahkan didalam Internet? Apa tujuan guru-guru bertindak begitu? Mahu tunjukkan kepada seluruh dunia betapa "bodoh" murid itu?

Ingatkan mereka adalah anak murid kamu. Jadi sepatutnya kelemahan mereka adalah hal peribadi dan tidak sepatutnya ditayangkan kepada orang lain. Ini sepatutnya rahsia diantara guru dan murid. Tindakan mendedahkan kelemahan murid boleh membawa kesan yang buruk kepada murid berkenaan. Misalnya mereka akan membenci guru atau hilang kepercayaan kepada guru. Jadi, hentikanlah perkerjaan yang mencemarkan dan memalukan para murid yang lemah. Perbuatan memperheboh-hebohkan kelemahan atau kebodohan pelajar adalah tindakan yang tidak bermoral dan bertentangan dengan nilai-nilai murni. Sesungguhnya, tindakan mendedahkan karangan para murid yang lemah didalam Internet adalah satu perbuatan yang tidak adil dan satu perbuatan yang bodoh dan tidak bijak. Malah guru sendiri akan "kebalikan." Dimana karangan murid yang mempunyai banyak kesalahan dan dipaparkan didalam Internet, mungkin banyak orang berfikir dan membuat andaian bahawa guru murid berkenaan adalah tidak pandai mengajar! Nah kan! Sendiri juga yang kena. Maka dengan itu, kepada para guru yang suka memuatkan karangan murid yang lemah didalam Internet untuk dijadikan bahan ketawa, HENTIKANLAH PERBUATAN INI. JANGAN KASI MALU BAH!

No comments:

Post a Comment