Wednesday 28 March 2012

.......Berani Menangis.......

Kita Mungkin Akan Melupakan Orang Yang Pernah Ketawa Dengan Kita, Tetapi Tidak Mungkin Melupakan Orang Yang Pernah Menangis Bersama Kita, Kerana Semua Orang Mungkin Pernah Melihat Kita Ketawa, Tetapi Tidak Semua Orang Pernah Melihat Kita Menangis, Tersenyum Walaupun Diri Kita Bersedih Dan Menangis Adalah Satu Petanda Bahawa Kita Meluahkan Perasaan Melalui Air Mata.


Adakalanya Kita perlu menangis agar Kita tahu hidup ini bukan hanya sekadar untuk ketawa. Adakalanya juga Kita perlu ketawa agar Kita tahu betapa mahalnya nilai setitis airmata. Sebab itu Kita harus berterima kasih kepada orang yang menyakiti Kita kerana dialah orang yang membuatkan Kita belajar erti tabah. Kita juga berterima kasih kepada orang yang tidak mengendahkan Kita kerana Dialah insan yang memupuk Kita untuk Kita belajar berdikari. Apapun, Kita kena berterima kasih kepada orang yang menjatuhkan Kita kerana Dialah orang yang mengajar Kita untuk bangkit dan membuat kita kelihatan hebat. Dan akhir sekali... Kita berterima kasih kepada orang yang menyiksa Kita selama ini kerana Dialah orang yang menguji kesabaran dan ketabahan Kita sepanjang kita melalui liku-liku kehidupan ini. Terima kasih pada semuanya.... Tanpa mereka kita tidak dapat belajar semua ini....

Menangis bukan bererti lemah tetapi berani kerana hati yang kuat untuk mengeluarkan duri dalam hati.. Ketawa bukan bererti gembira jika hati masih menyembunyikan masalah dan tidak mahu berbincang.. Marah bukan bererti membenci tetapi lebih mahu mengasihi di antara kita.. Menegur bukan bererti kita benar dengan teguran kita tetapi lebih mahu menyediakan diri menerima orang dan teguran kita sendiri.. Ada kita yang berdiam bila di marah bukan bererti tidak mendengar, malah yang menjawab ketika orang marahlah yang menutup hati..

‎"Jangan malu untuk menangis, kerna menangis itu juga suatu terapi yang mampu memberi satu ketenangan pada hidup, biar kita menangis pada hari ini agar kita boleh tersenyum pada hari esok"

No comments:

Post a Comment