Friday 20 July 2012

Adakah kita/Anda/Saya seorang pendoa seperti seorang Martir ?

01. Apabila seseorang berbicara mengenai orang lain dengan cara yang menyakitkan dan dia cuba menyebarkan kesilapan orang lain, mungkin secara sengara atau sebaliknya atau mungkin Tuhan merencanakan sesuatu, jangan sebarkan sesuatu yang mungkin kita menganggap itu satu kesilapan atau kesalahan TETAPI berdoalah untuk keadaan atau situasi itu.

02. Saat kita mendengar orang berbicara untuk menjatuhkan orang lain, pada waktu itu kita ada kesempatan untuk membuat kasih dengan berdoa untuk keadaan orang itu, dan jangan sebarkan kejatuhannya kerana saat dia jatuh, dia memerlukan kekuatan sebab mungkin Tuhan sedang mengajar dia sesuatu.

03. Saat kita mendengar orang kematian anaknya atau ahli keluarganya kerana dibunuh oleh orang lain/jiran kita sendiri, jangan sebarkan buruk-burukkan orang lain/jiran kita (Sebagai manusia biasa, kita mungkin geram) tetapi berdoalah supaya pembunuh itu akan mengenali Tuhan Yesus dengan lebih dalam dan ada kerinduannya datang kepada Tuhan untuk dibaharui.

04. Kita mungkin melihat, mendengar sesuatu/kejadian yang lebih dahsyat daripada itu tetapi apabila Tuhan memilih kita untuk menjadi muridNya bermaksud kita adalah seorang pendoa yang sama seperti para Martir yang mati dibunuh kerana imanya kepada Tuhan.

Apabila para Martir mendengar bahawa mereka dibunuh, mereka malahan berdoa terus menerus kepada Tuhan sehingga ke titisan darah dan hembusan nafas yang terakhir kerana hanya itulah cara mereka menunjukkan betapa cinta kasih yang mereka ada untuk mendoakan musuh-musuh mereka sama seperti yang Yesus miliki.

Sebab itu, mereka (Para Martir) diperkenankan terus masuk ke dalam kerajaan syurga saat selepas mereka mati sebab cinta kasih mereka sungguh luar biasa.

Marilah saya mengajak kita berdoa di antara satu sama lain didalam keluarga, kawan-kawan, teman-teman, malahan orang yang kita tidak kenal, yang mengasihi kita atau sebaliknya, kerana dengan cara ini kita sudah turut serta didalam penyelamatan untuk membawa semua orang masuk ke dalam syurga.

No comments:

Post a Comment