Sunday 15 July 2012

Mengenal Kristus secara Peribadi

Mengembangkan hubungan dengan seseorang menuntut komitmen waktu dan tenaga. Begitu juga dengan hubungan anda dengan Yesus Kristus; ianya mengambil masa untuk belajar beberapa prinsip dasar tentang kehidupan Kristian. Bacalah beberapa pertanyaan biasa dan 4 pelajaran untuk langkah anda seterusnya memasuki pengembaraan sukacita.

Pelajaran 1: Memahami Hubungan Anda dengan Yesus Kristus.


Dengan ikhlasnya menjemput Yesus memasuki hidup anda adalah suatu tindakan sederhana yang menjadikan hubungan anda dengan Tuhan terjamin. Anda telah memulai suatu perjalanan hidup bersama Tuhan yang maha kasih dan maha kuasa.
Jadi apakah telah berlaku bila anda menjemput Yesus ke dalam hidup anda?

1. Dia mengampunkan dosa anda.
"Sebab di dalam Dia dan oleh darah-Nya kita beroleh penebusan, iaitu pengampunan dosa, menurut kekayaan kasih karunia-Nya." (Efesus 1:7--anda akan mendapat ayat ini dalam kitab Efesus, Perjanjian Baru, fasal 1, ayat 7).
Semua dosa anda--dahulu, sekarang dan akan datang--telah diampunkan kerana kematian Yesus di atas salib.
Adakah apa-apa bezanya mengetahui bahawa semua dosa anda telah diampunkan?


2. Dia menjadikan anda seorang anak Tuhan.
"Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa supaya menjadi anak-anak Tuhan, iaitu mereka yang percaya dalam nama-Nya; orang-orang yang diperanakkan bukan dari darah atau dari daging, bukan pula secara jasmani oleh keinginan seorang laki-laki, melainkan dari Tuhan" (Yohanes 1:12,13).
Apakah yang anda telah lakukan untuk menjadi seorang anak Tuhan?
(jawapan di bawah)


3. Dia memasuki hidup anda dan tidak akan meninggalkan anda selama-lamanya.
(Yesus berkata) "Dan ketahuilah, Aku menyertai anda sentiasa sampai kepadaakhir zaman" (Matius 28:20).
(Yesus berkata) "Semua yang diberikan Bapa kepada-Ku akan datang kepada-Ku, dan barangsiapa datang kepada-Ku, dia tidak akan Ku-tolak" (Yohanes 6:37).

a) Adakah sesuatu yang mungkin menyebabkan Yesus meninggalkan anda?
b) Menurut ayat Yohanes 6:37, berapa kali anda harus menerima Yesus?
(jawapan di bawah)


4. Dia memberikan anda hidup baru.
"Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, dia adalah ciptaan baru: yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang!" (2 Korintus 5:17).
Anda berpeluang untuk memulakan hidup rohani yang baru. Tuhan akan membina sifat-sifat baru dalam hidup anda ketika anda mengenali-Nya lebih mendalam.


5. Dia memberikan anda hidup kekal.
"Dan inilah kesaksian itu: Tuhan telah memberikan hidup kekal kepada kita dan hidup itu ada di dalam Anak-Nya. Barangsiapa memiliki Anak, dia memiliki hidup; barangsiapa tidak memiliki Anak, dia tidak memiliki hidup. Semuanya itu kutuliskan kepada anda, supaya anda yang percaya pada nama Anak Tuhan tahu bahawa anda memiliki hidup kekal" (1 Yohanes 5:11- 13).
Hidup kekal bermula bagi anda dari saat anda menjadi seorang Kristian. Saat itulah Tuhan menjadi sebahagian daripada hidup anda selama-lamanya. Jika anda meninggal dunia malam ini, anda akan bersama Dia selama-lamanya.
Semua manfaat ini hanya mungkin melalui Yesus Kristus, bukan usaha diri sendiri. Anda menerimanya pada saat anda mempercayai Dia.
a) Yang manakah daripada lima kebenaran ini yang paling bererti bagi anda sekarang?
b) Mengapa? Mengatasi keraguan.
Selepas anda membuat sesuatu keputusan, keraguan biasanya akan muncul. Esok, anda mungkin "merasa" anda bukan seorang Kristian.
Walaupun begitu, anda harus ingat bahawa banyak hal mempengaruhi perasaan anda--kawan, kesihatan, cuaca dan lain-lain lagi. Jangan gunakan emosi, yang mungkin berubah, untuk mengukur hubungan anda dengan Yesus. Sebaliknya, percayailah pada Tuhan dan kebenaran-kebenaran di dalam Alkitab yang tidak berubah.

Cadangan untuk Pertumbuhan Lanjutan
Sepanjang minggu ini, renungkan salah satu daripada lima kebenaran yang anda baca tadi setiap hari. Baca ayat-ayat yang disertai dan mengucap syukur kepada Tuhan untuk setiap kebenaran ini.
Jika anda belum memiliki sebuah Alkitab, anda boleh membeli di kedai buku Kristian. Beritahulah seseorang bahawa anda telah menjalin hubungan dengan Yesus.
Kesimpulan
Kerana anda telah menerimaYesus, hubungan anda dengan Tuhan adalah terjamin. Anda anak-Nya. Diamengampunkan dosa-dosa anda dan memberikan anda hidup yang baru dan kekal. Dia tidak akan meninggalkananda selama-lamanya. Bila anda ragu-ragu tentang keputusan anda, bersandarlah pada kebenaran ini dan lain-lain lagi di dalam Alkitab, dan bukan pada perasaan anda. Apakah akan berlaku bila anda menghadapi kesusahan dan terjatuh ketika anda berusaha untuk menjalani kehidupan Kristian? 

Jawapannya dalam Pelajaran 2: Mengalami Kasih dan Pengampunan Tuhan.

Apabila seseorang pemandu memotong kereta anda, kawan sekelas menghina anda, pasangan hidup anda terlupa untuk memberi tumpang kepada anda--semua ini hanya perkara remeh. Tapi tiba-tiba anda menjerit dan menyumpah, tidak dapat dikawal. Atau, anda mendapati anda digoda oleh tindakan dan sikap lain, seperti gosip atau perasaan marah dan kecewa, yang mengalihkan tumpuan anda daripada Tuhan.
Perkataan "dosa" bermakna tidak mencapai sasaran atau taraf. Apabila kita buat sesuatu sesuka hati dan bukan apa yang Tuhan kehendaki, kita berdosa. Bila tabiat dan sikap lama mula terasa, jangan kecewa. Anda masih anak Tuhan. Tetapi dosa mengganggu hubungan rapat dan komunikasi anda dengan Tuhan. Dosa menghalang kita daripada mengalami kasih-Nya. Kita semua berbuat dosa walau pun kita orang Kristian. Itulah sebabnya kita memerlukan pengampunan Tuhan setiap hari.

1. Dasar untuk kasih dan pengampunan Tuhan
"Sebab juga Kristus telah mati sekali untuk segala dosa kita, Dia yang benar untuk orang-orang yang tidak benar, supaya Dia membawa kita kepada Tuhan; Dia, yang telah dibunuh dalam keadaan-Nya sebagai manusia, tetapi yang telah dibangkitkan menurut Roh, ..." (1 Petrus 3:18).
Apabila Yesus mati untuk kita, dia memungkinkan kita ada suatu hubungan dengan Tuhan. Kematiannya juga mengizinkan kita menuntut pengampunan Tuhan setiap hari.
"Anda juga, meskipun dahulu mati kerana dosamu dan oleh kerana tidak disunat secara lahiriah, telah dihidupkan Tuhan bersama-sama dengan Dia, sesudah Dia mengampunkan segala dosa kita, dengan menghapuskan rekod yang mengandungi semua perkara yang kita dituduh. Dan itu dimusnahkan-Nya dengan memakukannya padakayu salib" (Kolose 2:13,14).
Apabila petikan ini ditulis, perkataan "rekod" merujuk kepada satu senarai jenayah yang seseorang banduan dijatuhkan hukuman. Senarai ini dipakukan ke pintu penjara. Sebaik saja hukuman penjara telah dijalani sepenuhnya, banduan itu boleh mengunakan rekod yang dibatalkan itu sebagai bukti bahawa dia tidak boleh dihukum kerana jenayah-jenayah itu sekali lagi.
Begitu juga, apabila kita mempercayai bahawa Yesus telah membayar hutang dosa kita, kita tidak akan dihukum sekali lagi selama-lamanya. Kita memperolehi pengampunan penuh daripada Tuhan.
"Tidak dilakukan-Nya kepada kita setimpal dengan dosa kita, dan tidak dibalas-Nya kepada kita setimpal dengan kesalahan kita, tetapisetinggi langit di atas bumi, demikian besar kasih setia-Nya atas orang-orang yang takut akan Dia; sejauh timur dari barat, demikian dijauhkan-Nya daripada kita dosa kita" (Mazmur 103:10-12).
a) Menurut ayat ini, apakah yang Tuhan telah lakukan untuk dosa anda?
b) Yesus telah mati untuk berapa banyak daripada dosa-dosa anda?
c) Bila Yesus mati di kayu salib untuk anda 2,000 tahun dahulu, berapakah daripada dosa-dosa anda adalah dilakukan pada masa depan? (jawapan di bawah)


2. Mengalami kasih dan pengampunan Tuhan setiap hari
Walau pun anda diampunkan sepenuhnya, anda masih perlu mengakui dosa yang dilakukan sehari-harian supaya kekal menikmati hubungan rapat dengan Tuhan.
Pengakuan--Setuju dengan Tuhan tentang Dosa
"Jika kita mengaku dosa kita, maka Dia adalah setia dan adil, sehingga Dia akan mengampunkan segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan" (1 Yohanes 1:9).
Apabila Tuhan mengingati kita tentang sesuatu dosa dalam hidup anda, akuilah dosa itu. Pengakuan bermakna
Bersetuju dengan Tuhan bahawa anda telah berbuat dosa.
Mengucap syukur kepada Tuhan kerana Dia telahpun mengampukan anda.
Mempercayai Tuhan untuk mengubahkan sikap-sikap dan tindakan yang salah.
Berpatah balik kepada Tuhan dan jauhkan daripada dosa anda, dan bukan merasa bersalah. Pertaubatan ini mengizinkan anda untuk mengalami kasih dan pengampunan Tuhan. Tindakan ini memulihkan hubungan rapat antara anda dengan Dia.

Bagaimana Mempraktikkannya Sekarang juga, atau malam ini sebelum anda tidur:
Minta Tuhan memperlihatkan sebarang dosa dalam hidup anda.
Dengan penuh jujur, senaraikan semuanya di atas sekeping kertas:
ini hanya antara anda dengan Tuhan. Selepas selesaikannya, tulis di atas kertas janji (1 Yohanes 1:9)
Mengucap syukur kepada Tuhan kerana menyediakan pengampunan melalui kematian Yesus di atas kayu salib.
Koyakkan senarai itu dan buangkannya.
a) Berapa kerap anda perlu mengakui dosa kepada Tuhan?
b) Bilakah anda harus mengakui sesuatu dosa?
(jawapan di bawah)
Mengalami Hasilnya
"Dosaku keberitahukan kepada-Mu dan kesalahanku tidaklah kusembunyikan; aku berkata: 'Aku akan mengaku kepada Tuhan dosa-dosaku,' dan Engkau mengampuni kesalahan kerana dosaku" (Mazmur 32:5).
Bagaimana jika anda masih merasa bersalah selepas anda mengakui dosa anda?
Percayalah pada Firman Tuhan, Alkitab, yang mengatakan ada diampunkan. Jangan bergantung pada perasaan anda.
Jika anda tidak mengakui dosa, anda barulah harus merasa bersalah.
Berdasarkan apa yang dijelaskan tadi tentang perasaan bersalah dan pengampunan, bagaimanakah anda ingin menyelesaikan ayat ini? Apabila saya telah mengakui semua dosa saya, saya ...
Cadangan-cadangan untuk Pertumbuhan Selanjutnya
Cuba meluangkan masa seorang diri selama 15 minit setiap hari untuk mengenali Tuhan lebih mendalam melalui pembacaan Alkitab dan doa. Di sini ada beberapa cadangan:
1. Jika anda masih tidak memiliki sebuah Alkitab, dapatkan satu (rujuk pelajaran 1). Sementara itu, mulai membaca Injil Yohanes .
2. Baca cerita Yesus tentang pemuda yang melarikan diri dan menghabiskan harta warisannya (Lukas 15:11-32). Apakah cerita ini mengambarkan tentang hubungan kita dengan Tuhan, pengampunan, dan persekutuan dengan-Nya?
3. Baca Galatia 5:16-23. Perhatikan bagaimana membiarkan Tuhan bekerja dalam hidup anda boleh membawa perubahan. Ketika anda menyedari bahawa terdapat sesuatu aspek dalam hidup anda yang tidak menyenangkan Tuhan, atasinya mengikut 1 Yohanes 1:9 dan nikmatilah semula hubungan intim dengan-Nya.
Kesimpulan
Dengan sentiasa mengakui dosa-dosa kita kepada Tuhan dan mempercayai pengampunan-Nya, kita boleh mengalami kasih dan hubungan rapat dengan-Nya setiap hari.
Mengetahui bagaimana anda boleh menggunakan sumber kuasa Tuhan, iaitu Roh Kudus dalam pelajaran 3..

Pelajaran 3: Kuasa untuk Menjalani Hidup Kristian yang Dinamik.

Kita harus buat pilihan setiap hari. Apakah kita hendak berkata, ke manakah kita hendak pergi atau apakah kita ingin buat. Semasa kita memilih, bagaimanakah kita melihat hidup dari perspektif Tuhan dan menjalani hidup yang menyenangkan hati-Nya?

1. Roh Kudus merupakan sumber kuasa untuk kehidupan Kristian.
Sebagaimana hubungan kita dengan Tuhan adalah bergantung sepenuhnya pada apa yang Tuhan telah lakukan melalui Yesus Kristus, begitulah juga kuasa untuk menjalani kehidupan Kristian adalah bergantung sepenuhnya pada Tuhan. Untuk menjalani kehidupan Kristian seperti apa yang dikehendaki Tuhan, kita mesti terus-menerus memperolehi kuasa Tuhan, melalui Roh Kudus. Tetapi siapakah atau apakah Roh Kudus, dan apakah dia lakukan?
Dia Tuhan.
"Sebagaimana roh seseorang mengetahui isi hatinya sendiri, begitu juga Roh Kudus mengetahui segala sesuatu darihal Allah. Kita tidak menerima roh dunia ini; kita telah menerima Roh Kudus, supaya kita mengetahui segala yang telah dikurniakan Allah kepada kita." (1 Korintus 2:11,12)
Dia datang dan mendiami anda.
"Tetapi kamu ini tidak lagi hidup menurut tabiat kemanusiaanmu. Kamu hdiupmenurut kehendak Roh -- iaitu jika Roh Kudus sungguh mendiami kamu. Barangsiapa tidak mempunyai Roh Kristus di dalam hidupnya, orang itu bukanlah milik Kristus." (Roma 8:9)
Dia datang untuk membuktikan kepada dunia bahawa mereka itu salah dalam pendapat mereka tentang dosa dan hukuman.
"Dan bila dia datang kelak, dia akan membuktikan kepada dunia bahawa mereka itu salah dalam pendapat mereka tentang dosa, dan tentang apa yang benar, dan tentang hukuman Allah." (Yohanes 16:8)
Dia datang untuk menyatakan kepada anda kebenaran.
"Tetapi bila Roh yang menyaksikan kebenaran Allah itu datang, dia akan menyatakan kepada kamu kebenaran Allah dengan sepenuh-penuhnya." (Yohanes 16:13)
Dia datang untuk memuliakan Kristus.
"Dia akan menyatakan kemuliaan-Ku, sebab dia akan menerima daripada-Ku segala yang akan dinyatakannya kepadamu." (Yohanes 16:4).
Dia mengesahkan hubungan anda dengan Tuhan.
"Orang-orang yang dipimpin Roh Kudus, adalah anak-anak Allah. Sebab Roh yang diberikan oleh Allah kepada kamu tidak menjadikan kamu hamba-hamba, sehingga kamu hidup di dalam ketakkutan. Sebaliknya Roh Kudus itu menjadikan kamu anak-anak Allah. Dan dengan kuasa Roh Kudus jugalah kita memanggil Allah itu 'Bapa! Bapaku!' Roh Kudus bersatu dengan roh kita supaya menyaksikan bahawa kita ini anak-anak Allah." (Roma 8:14-16).
Dia sumber kualiti-kualiti Kristus di dalam hidup anda.
"Sebaliknya, hasil pimpinan Roh Kudus ialah kasih, sukacita, kesejahteraan, kesabaran, budi, kebaikan, kesetiaan, kerendahan hati, dan pengawalan diri." (Galatia 5:22,23a).
a) Yang mana daripada kualiti-kualiti berikut yang anda ingin Tuhan mula mengembangkan dalam hidup anda?
(Yesus berkata) "Tinggallah bersatu dengan Aku dan Aku pun akan tinggal bersatu dengan kamu. Kecuali cabang itu lekat pada pokoknya tidak dapat ianya berbuah; sama halnya, kecuali kamu tinggal bersatudengan Aku, kamu tidak mungkin berbuah." (Yohanes 15:4,5).
Yesus berkata kita harus bergantung dan bersatu dengan-Nya untuk melihat kualiti-kualiti-Nya dihasilkan dalam hidup kita. Dan Dia juga memberi kita kuasa untuk memberitahu orang lain tentang Dia.
(Yesus berkata) "Tetapi kamu akan dilengkapi dengan kuasa apabila Roh Kudus datang dan menguasaimu, dan kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yahudiah dan Samaria, bahkan ke seluruh dunia." (Kisah Rasul-rasul 1:8).
b) Pada pendapat anda, mengapa anda memerlukan kuasa Roh Kudus untuk memberitahu orang lain apa yang anda mengetahui tentang Yesus? (jawapan di bawah)


2. Bukan semua orang Kristian mengalami kuasa Roh Kudus.
Walaupun Roh Kudus mendiami semua orang Kristian, bukan semua dipimpin dan dikuasai oleh Dia. Alkitab menyatakan kepada kita bahawa ada tiga jenis manusia, iaitu -- duniawi, Kristian rohani dan Kristian duniawi -- yang mengambarkan respons yang berlainan terhadap Tuhan (lihat 1 Korintus 2:12 -3:3).
Orang Duniawi
Bulatan ini mengambarkan hidup seseorang, dan takhta mengambarkan kuasa. Orang duniawi belum menerima Kristus, dan Roh Kudus tidak mendiami dia. Kristus bukan sebahagian daripada hidupnya; Dia berada di luar bulatan. Orang duniawi menguasai hidupnya sendiri.
Orang Kristian Rohani
Orang Kristian rohani telah menerima Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamatnya, dan mempercayai Roh Kudus untuk menjalani kehidupan Kristian. Kristus bukan saja di dalam hidupnya, tetapi juga menguasainya.
Orang Kristian Duniawi
Orang Kristian duniawi juga telah menerima Yesus sebagai Penyelamat, tetapi mempercayai usaha dirinya sendiri untuk menjalani kehidupan Kristian. Orang ini masih menguasai hidupnya dan bertindak seperti orang duniawi. Kristus berada di dalam hidupnya, tetapi tidak menguasai hidupnya.
Bulatan manakah satu yang mengambarkan kehidupan anda?

3. Anda boleh dipenuhi oleh Roh Kudus.
Di dalam Efesus, fasal 5, ayat18, Tuhan memerintah kita:
"Janganlah kamu mabuk kerana wain, yang akan merosakkan kamu. Sebaliknya, biarlah diri kamu dipenuhi Roh Kudus."
Ketika kita membiarkan Roh Kudus memenuhi dan menguasai kita, Dia akan menghasilkan buah Roh di dalam hidup kita dan membolehkan kita memberitakan kepada oranglain tentang Kristus.
Tetapi bagaimana kita membiarkan Roh Kudus memenuhi dan menguasai kita?
Pertama, mengakui segala dosamu.
"Seandainya ada niat jahat dalam hatiku, tentulah Tuhan tidak mahu mendengar."(Mazmur 66:18)
Pada pendapat kamu, mengapakah kita harus mengakui semua dosa untuk dipenuhi oleh Roh Kudus?
Kedua, serahkan setiap hal dalam hidupmu kepada Kristus.
"Dosa tidak lagi boleh menguasai hidupmu yang insani, sehingga kamu ditaklukkan hawa nafsumu sendiri. Janganlah menyerahkan sebarang anggota tubuhmu kepada kuasa dosa supaya digunakan untuk maksud-maksud yang jahat. Melainkan serahkanlah dirimu kepada Allah sebagai orang-orang yang telah diselamatkan dari maut kepada hidup. Serahkanlah segenap tubuhmu kepada Allah supaya digunakan untuk maksud-maksud yang baik." (Roma 6:12,13).
Ketiga, mempercayailah bahawa Roh Kudus akan memenuhi anda. Ini hanya mungkin dengan iman -- mempercayai Tuhan untuk membentuk hidup anda ketika anda menyerahkan hidupmu kepada Dia. Apa yang harus anda lakukan ialah meminta. Tuhan berjanji untuk mengabulkan doamu yang mengikut kehendak-Nya.
"Dan inilah keberanian percaya kita kepada-Nya, iaitu bahawa Dia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatukepada-Nya menurut kehendak-Nya. Dan jikalau kita tahu bahawa Dia mengabulkan apa saja yang kita minta, maka kita juga tahu bahawa kita telah memperoleh segala sesuatu yang telah kita minta daripada-Nya." (1 Yohanes 5:14,15).
Oleh sebab kehendak Tuhan ialah anda dipenuhi oleh Roh-Nya, anda boleh mempercayai-Nya bahawa Dia akan mengabulkan doamu. Berikut adalah satu cadangan doa:
"Ya Bapa, saya mengaku bahawa selama ini saya telah menguasai hidup saya dan oleh itu saya telah berdosa terhadap Engkau. Saya bersyukur bahawa Engkau mengampunkan dosa-dosa saya melalui kematian Kristus di atas salib. Sekarang saya mengundang Kristus untuk menguasai dan bertakhta dalam hidupku. Penuhilah saya dengan Roh Kudus. Sebagai suatu pernyataan iman, saya mengucap syukurkepada-Mu kerana Engkau menguasai dan memenuhi hidupku dengan Roh Kudus."
Apakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Jika ya,ucapkanlah doa ini sekarang juga dan percayalah bahawaTuhan akan memenuhi hidupmu dengan Roh Kudus.


4. Anda boleh terus-menerus dikuasai oleh Roh Kudus.
Jika anda mendapat tahu bahawa anda telah sekali lagi menguasai hidup anda kerana dosa, praktikkanlah"pernafasan rohani". Anda perlu menghembuskan nafas yang kotor dengan mengakui dosa anda, dan menarik nafas dengan menyerahkan hidup anda kepada Yesus. Mintalah Tuhan dengan iman untuk memenuhi anda dengan Roh-Nya.
Menghembuskan Nafas
"Tetapi jika kita mengaku dosa-dosa kita kepada Allah, Dia akan memenuhkan janji-Nya dan melakukan apa yang yang benar. Dia akan mengampunkan dosa-dosa kita dan membersihkan kita dari segala kesalahan." (1 Yohanes 1:9). Sila baca juga Ibrani 10:1-25.
Ingat, pengakuan melibatkan:
Bersetuju dengan Tuhan bahawa anda telah berdosa.
Mengucap syukur kerana Dia telah mengampunkan anda.
Mempercayai-Nya untuk mengubah sikap-sikap dan tindakan anda yang salah.
Menarik Nafas
Menyerahkan takhta hidup anda kepada Kristus.
Mempercayai bahawa Dia akan memimpin dan menguasai anda.
Cadangan untuk Bertumbuh Selanjutnya
Terus meluangkan masa selama 15 minit setiap hari untuk bersama dengan Tuhan melalui pembacaan Alkitab dan doa.
Kesimpulan:
Roh Kudus merupakan sumber kuasa untuk menjalani kehidupan Kristian. Anda harus mengakui dosa sebaik saja anda sedar bahawa anda telah jatuh dalam dosa. Mempercayai Tuhan untuk menguasai hidup anda, minta Dia untuk memenuhi anda dengan Roh Kudus.
Pelajaran Seterusnya(4):Anda hanya boleh mempercayai Tuhan setakat mana anda mengenali Dia. Belajarlah bagaimana anda boleh mengenali Dia dengan lebih mendalam di Pelajaran 4..

Pelajaran 4: Bertumbuh dalam Hubungan anda dengan Yesus.

Kerana Roh Kudus memimpin hidup anda, anda akan mengalami hubungan yang lebih intim dengan Tuhan. Anda akan bertumbuh dalam iman anda dan dapat mempercayai Tuhan untuk lebih banyak hal.

1. Apakah maknanya bertumbuh dalam hubungan dengan Yesus?
Bertumbuh dalam hubungan anda dengan Yesus bermakna mengenali Dia lebih mendalam lagi, lebih mengasihi dan mentaati Dia. "Inilah kehidupan kekal: iaitu supaya orang mengenali Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan Yesus Kristus yang telah Engkau utuskan." (Yohanes 17:3).
"Yesus menjawab, 'Hendaklah engkau mengasihi Allah Tuhanmu dengan segenap hatimu, dan dengan segenap jiwamu, dan dengan segenap fikiranmu.' Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting!" (Matius 22:37,38)
Apabila kasih anda terhadap Tuhan bertumbuh, anda akan mentaati perintah-perintah-Nya.
(Yesus berkata)"Barangsiapa menerima dan menurut perintah-perintah-Ku, orang itulah yang mengasihi Aku. Bapa-Ku akan mengasihi orang yang mengasihi Aku, dan Aku pun akan mengasihinya dan menyatakan diri-Ku kepada-Nya." (Yohanes 14:21)
Sebagaimana seorang kanak sewajarnya bertumbuh dalam hubungannya dengan ibu-bapa, begitu juga anda sewajarnya bertumbuh dalam hubungan anda dengan Tuhan.


2. Bagaimana anda boleh bertumbuh dalam hubungan anda dengan Yesus?
Komunikasi adalah penting bagi sebarang hubungan. Terdapat empat aspek komunikasi yang akan membantu anda mengembangkan hubungan anda dengan Yesus.
i) Tuhan berkomunikasi dengan kita melalui Alkitab, memperlihatkan sifat-Nya dan kehendak-Nya.
"Seluruh Alkitab itu diilhami Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, menegur apa yang salah, membetulkan apa yang keliru, dan memberi petunjuk untuk kehidupan yang menurut kehendak Allah, supaya orang yang melayani Allah boleh dipilih dan dilengkapi untuk segala macam pekerjaan yang baik." (2 Timotius 3:16,17).
Yang manakah daripada manfaat-manfaat pembacaan Alkitab ini adalah sangat membantu anda sekarang?
ii) Kita berkomunikasi dengan Tuhan melalui doa -- mengongsikan fikiran, keperluan dan keinginan kita melakukan kehendak-Nya.
"Janganlah khuatir tentang apa pun, tetapi di dalam segala doamu, mintalah kepada Allah untuk apa yang kamu perlu, dan selalu mintalah dengan hati yang bersyukur. Kesejahteraan Allah yang jauh lebih daripada pengertian manusia akan memeliharakan hati dan fikiran kamu kerana persekutuan kamu dengan Kristus Yesus." (Filipi 4:6,7).
"Kita berani di hadapan Allah sebab kita pasti Dia mendengarkan kita apabila kita memohon kepada-Nya untuk apa sahaja asalkan menurut kehendak-Nya. Dia mendengarkan kita manakala kita bermohon kepada-Nya. Oleh sebab kita tahu bahawa ini benar, kita tahu juga bahawa Dia memberikan kita apa yang kita minta daripada-Nya." (1 Yohanes 5:14,15)
Ayat-ayat ini memberitahu kita bahawa kita boleh mendoakan apa hal juga. Apabila kita berdoa menurut kehendak Allah, Dia mendengar dan akan menjawab doa kita. Mengucap syukur kepada Allah adalah juga sebahagian daripada berdoa.
"Bersyukurlah dalam segala keadaan. Inilah yang Allah hendak kamu lakukan dalamkehidupan kamu sebagai orang yang bersekutu dengan Kristus Yesus." (1 Tesalonika 5:18)"Bersyukurlah sentiasa bagi segala-galanya kepada Allah Bapa dengan nama Yesus Kristus Tuhan kita." (Efesus 5:20)
Mengucap syukur kepada Allah menyatakan bahawa kita mempercayai Dia.
Apakah beberapa hal yang anda boleh mendoakan?
iii) Kita berkomunikasi dengan orang Kristian melalui persekutuan -- mendorong dan membimbing satu sama lain.
"Biarlah kita perhatikan keperluan satu sama lain, dan menolong satu sama lain menunjukkan kasih serta berbaik-baik. Janganlah kita berhentikan kebiasaan kita berkumpul bersama-sama, sebagaimana dengan sebahagian saudara-saudara itu. Sebaliknya biarlah kita lebih lagi menggalakkan satusama lain, sebab kita tahu bahawa Hari Tuhan, hari bilaDia akan datang lagi itu, telah dekat." (Ibrani 10:24,25).
Bersekutu dengan orang Kristian lain adalah penting untuk saling mendorong supaya mengasihi dan berbuat baik. Perkataan Yunani untuk persekutuan,"koinoia", bermakna"berkongsi". Kita perlu mengongsikan pengalaman Kristian kita kepada orang lain yang mengasihi Allah, dan juga membiarkan mereka berkongsi dengan kita. Allah telah menubuhkangereja sebagai tempat untuk kita bertemu dengan orang Kristian lain untuk mempelajari tentang Allah. Pengajian Alkitab dan pertemuan lain juga sangat membantu.
iv) Kita berkomunikasi dengan orang lain yang tidakmengenal Tuhan secara peribadi dengan bersaksi -- berkongsi tentang hubungan kita dengan Yesus.
"Keselamatan datang daripada-Nya sahaja, sebab tiada lagi di seluruh dunia ini nama yang dikurniakan Allah kepada manusia, yang dengannya kita diselamatkan." (Kisah Rasul 4:12).
Apakah yang mendorong anda untuk bersaksi kepada orang lain tentang Yesus?
Siapakah yang anda ingin beritahu tentang apa yang Yesus telah melakukan dalam hidup anda?
Cadangan-cadangan untuk Pertumbuhan Selanjutnya
Tetapkan masa dan tempat untuk saat teduh harian (membaca Alkitab dan berdoa). Mulailah dengan membaca Injil Yohanes. Berdoa dan meminta Allah memperlihatkan Diri-Nya kepada anda dan bagaimana anda boleh memberi respons kepada-Nya.
Mengkaji petikan-petikan lain, seperti apa yang diberikan dalam pelajaran ini dan Mazmur 1, 34, 103 and 145; Matius 7:7-11; Lukas 9:23-26; Yohanes 15:1-7; 1 Korintus 12:12-27; 2 Korintus 5:17-21; dan Kolose 1:9-12.
Ini merupakan permulaan kehidupan Kristian anda. Adalebih banyak lagi untuk dipelajari yang tidak terkandung dalam keempat-empat pelajaran ini. Ambillah inisiatif hari ini juga untuk mencari sebuah gereja berdekatan.
Kesimpulan
Ketika anda bergantung pada Roh Kudus untuk membaca Alkitab, berdoa, bersekutu dengan orang Kristian lain, dan bersaksi untuk Yesus, Allah akan menghasilkan buah Roh Kudus dalam hidup anda dan anda akan bertumbuh secara rohani.

Mencari Sebuah Gereja.


Ketika anda mencari sebuah gereja yang dapat memenuhi keperluan anda dan sesuai bagi anda, anda juga harus mempertimbangkan beberapa faktor seperti berikut:
Gereja itu harus percaya bahawa:
1. Alkitab adalah kata-kata Tuhan yang tidak ada sebarang kesilapan (2 Timotius 3:16).
2. Tuhan adalah Tritunggal -- Tuhan Bapa, Anak Tuhan, dan Roh Kudus (Yohanes 14:26; Matius 28:18,19).
3. Keselamatan adalah kerana kasih karunia Tuhan melalui iman pada Yesus Kristus sahaja (Yohanes 14:6, Efesus 2:8,9).
4. Kematangan rohani dicapai apabila seseorang setia berdoa, membaca dan mengkaji Alkitab, dan melaksanakan apa yang dipelajari (2 Timotius 3:16,17; Kolose 2:6,7).
Berdoalah agar Tuhan memimpin anda ke sebuah gereja yang dapat membantu anda bertumbuh secara rohani..

TUHAN MEMBERKATI!

No comments:

Post a Comment