Saturday 2 June 2012

RM1.00 dengan RM100

Wang RM100 & RM1.00 sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BankNegaraMalaysia. Dijadikan sebuah cerita, Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar dimasyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja didalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yang RM100 bertanya kepada RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas saya keluar dari Bank saya terus ditangani orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kepada RM100, "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas saya keluar dari Bank, saya terus disambut perempuan cantik, & saya singgah ke restoran mahal, di mall & juga hotel2 berbintang serta keberadaan saya selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

Lalu RM1.00 bertanya lagi, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah" RM1.00 pun berkata lagi, "Ketahuilah walaupun saya hanya RM1.00, tetapi saya selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan saya selalu bersyukur kepada TUHAN. Saya tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM100 Kerana sombong dengan kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan!!

No comments:

Post a Comment