Tuesday 20 March 2012

Keinginan & Keperluan

Keinginan manusia memang banyak sekali. Dah dapat satu mau lagi; dah dapat dua mau lagi. Dapat sepuluh punn....mau lagi dan lagi. Sesungguhnya keinginan manusia itu kalau dilayan sangat ianya tidak dapat dipuaskan. Kalau boleh semua pun mau dimiliki dan semuanya mau dikuasai. Misalnya didalam hal duit. Mula-mula dapat puluhan ringgit dah merasa senang hati. Tapi bila keinginan dah meluap, maka kita mahukan ratusan ringgit. Lepas itu kita bertambah keinginan kita meningkat lalu kita mahukan ribuan ringgit. Lepas tu maukan jutaan ringgit.....Sesungguhnya sifat tamak itu tidak pernah berhenti kerana nafsu ketamakan itu tidak dapat dipuaskan dengan apa pun. Jestru itu, kita harus belajar menilai apa yang benar-benar kita perlukan didalam hidup ini. Sebenarnya keperluan asas kita tidak banyak. Secara am dan berlandaskan kepada konsep kesederhanaan hidup(simple life) kiita mempunyai keperluan asas yang kita perlukan iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal(rumah). Jadi, didalam hidup ini kita mesti pastikan bahawa kita tidak kekurangan keperluan asas ini. Ini bererti setiap hari dipastikan kita ada makanan yang mencukupi, pakaian yang cukup dan ada tempat berteduh yang sesuai baik diwaktu siang dan malam. Hal-hal lain dan perkara-perkara yang lain meskipun penting ianya tapi kita boleh meneruskan kehidupan tanpanya. Yang penting kita ada keperluan asas yang mencukupi dan kalau ada kelimpahan didalam hidup, bah! Jangan lupa orang susah. Bagi-bagilah.....

No comments:

Post a Comment