Thursday 15 March 2012

Heninglah sejenak

Sedarilah diri anda, apa adanya di hadapan Tuhan. Dalam ketenangan lihatlah perjalanan hidup anda. Sedarilah bahawa selama ini anda jarang atau kurang berbuat baik kepada sesama. Sesali semua itu dan mohonlah pengampunan padaNya.
MISI KITA: Kita akan berusaha menentukan satu langkah nyata bahawa kita pada hari ini dan hari yang seterusnya akan BERBUAT BAIK kepada setiap orang. Kita juga akan berusaha menyingkirkan ketakutan kita dan menghadapi tentangan dari orang si sekeliling kita, dalam usaha kita untuk berbuat baik kepada sesama kita. 
DOA KITA: Tuhan bantulah kami untuk mampu memberikan pertolongan kepada orang yang menderita dalam kehidupan kami. Semoga kami berani berbuat baik kepada orang yang menderita dan yang memerlukan walaupun banyak ancaman yang datang daripada orang lain. Amin.

No comments:

Post a Comment