Thursday 15 March 2012

Hidup & Tobat

Kadang2 kita rindu pada masa-masa yang lalu....Banyak kenangan & memori yang membuat kita tersenyum. Namun tak dinafikan bahawa ada juga perkara-perkara yang lalu yang kita inginkan tidak berlalu dimasa-masa yang lalu. Air mata bertitisan, menyesal namun perkara yang lalu dah menjadi sejarah tidak dapat diubah lagi. Ia tetap menjadi sejarah hitam didalam hidup kita. Tapi apa yang penting ialah kita belajar daripada kesilapan dan kelemahan kita dimasa-masa yang lalu dan menjalani hidup pada hari ini dengan lebih berhati-hati dan dengan fikiran yang lebih matang.

Apa yang berlalu biarlah ia pergi, Janganlah dikenang lagi nanti luka lama berdarah kembali. Apa yang penting ialah menjalani hidup pada hari ini dengan satu semangat yang kuat dan keyakinan yang tidak roboh dilanggar lori kayu balak! Pendek kata, maju terus.....bagi membina kehidupan yang lebih baik dan bahagia.

Kisah-kisah yang tak baik, persembahkan kepada Tuhan untuk diampuni-Nya; Letakkanlah segala-galanya didalam belaskasihan-Nya. Dan berjalanlah dengan semangat yang baru untuk memperjuangakan pertobatan agar menjadi manusia yang berhasil & beriman. Jangan meragui pengampunan-Nya. Sesungguhnya, cintakasih-Nya, belaskasihan-Nya & pengampunan-Nya lebih besar daripada dosa-dosa kita. Sebab itu, marilah berjalan terus didalam hidup ini dengan penuh harapan dan ketabahan. Kerana Tuhan tetap mencintai kita meskipun kehidupan kita berwarnakan bintik-bintik hitam dan dosa yang besar. Sesungguhnya, Tuhan itu Maha Pengasih dan Pengampun. Jadi, Menyedari hakikat ini, marilah berjalan terus sambil menghasilkan "buah-buah pertobatan" yang nyata agar kita dapat menikmati keselamatan jiwa & roh; Dan dikurniakan kehidupan abadi dan hidup bersama-sama dengan-Nya di Surga suatu hari nanti. Amin.

No comments:

Post a Comment