Thursday 26 July 2012

Mencari KEBAHAGIAN

Kita sering mendengar, hampir semua orang mengatakan ingin mencari KEBAHAGIAN.

Kalau kebahagiaan boleh dibeli, pasti orang-orang kaya akan membeli kebahagiaan itu, saya tidak akan mendapat kebahagiaan kerana sudah diborong oleh mereka.

Kalau kebahagiaan itu ada di suatu tempat, pasti belahan lain di bumi ini akan kosong, kerana semua orang akan berkumpul dimana kebahagiaan itu berada .

Untungnya kebahagiaan itu berada di dalam hati setiap manusia. Jadi kita tidak perlu membeli atau mencari kebahagiaan itu . Hanya dengan Hati yang tulus, Bersih dan Ikhlas disertai fikiran yang jernih, kita boleh merasakan dan menikmati kebahagiaan itu bilapun, dimanapun dan dalam keadaan apapun.

Ciptakanlah selalu Kebahagiaan dalam hati dan dalam fikiran kita, maka kita akan selalu menjadi orang yang bersyukur telah dikaruniai kebahagiaan,....

No comments:

Post a Comment