Sunday 5 August 2012

Berkat Yang Pasti

Banyak orang berpendapat ketika banyak duit maka mereka dapat membeli kebahagiaan dan kepuasan. Nyatanya masih ada orang yang hidup bergelimangan harta dan tidak kekurangan duit mati trajidi dengan cara bunuh diri, ada yang melompat dari apartment, ada orang yang begitu memiliki banyak duit, menyalahgunakan duit yang dimiliki dengan bermabuk-mabukan, bermain judi, mencari wanita/lelaki idaman lain, yang lebih parah lagi adalah mengambil bahkan menjadi penagi dadah.

Adapula yang semakin bertambah harta dan kekayaannya, semakin bertambah pula kekuatiran dan rasa takut serta kehilangan damai sejahtera. Ternyata banyaknya duit dan harta kekayaan yang dimiliki seseorang tidak selalu menjawap dan memenuhi keperluhan kita yang paling utama.

Di sisi lain kita juga pasti pernah melihat orang-orang ataupun keluarga yang mungkin tidak memiliki kehidupan yang bergelimangan harta dan hidupnya sederhana, namun mereka dapat hidup bahagia, sekalipun yang kita miliki lebih dari mereka tetapi mereka boleh lebih bahagia dari kita.

Ada orang yang terlalu giat bekerja sampai keluarga dan kesihatan dikorbankan demi mengejar pencapaian yang diperolehi kesuksesan dan kekayaan yang lebih besar bahkan yang paling buruk, hubungan dengan Tuhan dikorbankan demi mengejar duit dan kekayaan. Di perusahaan begitu banyak mendapatkan sanjungan, penghargaan dan mendapatkan kedudukan yang tinggi akan tetapi gagal dalam kehidupan berumahtangga. Hingga pada akhirnya, lupa menjaga kesihatan lalu drop dan terbaring lemah di Rumah Sakit. Apa gunanya hidup jika kita mengejar kekayaan tanpa berhenti menyebabkan kesihatan menurun, hubungan dengan keluarga, pasangan dan anak tidak lagi harmoni pada akhirnya harus membayar harga yang mahal dengan menghabiskan duit yang dihasilkan dari usaha yang mengorbankan kerohanian, keluarga dan kesihatan.

Hidup ini tidak perlu dibuat sulit, hidup ini sederhana. Jika apa yang benar-benar kita perlukan sudah terpenuhi, mengapa masih ada rasa tidak puas? Mengapa tidak ada kata cukup? Mengapa tidak berhenti sejenak untuk memberikan waktu dan perhatian kepada tubuh kita untuk berehat seketika? Mengapa tidak menyempankan waktu untuk bersaat teduh, menikmati waktu yang disediakan untuk diam dalam hadirat Tuhan mendengar suaraNya, mencari tuntunanNya dan menikmati hadiratNya? Jangan sampai kita menyesal kerana telah mengorbankan waktu yang berharga bersama keluarga kerana belum tentu kenanngan berharga itu terulang kembali.

Belajarlah untuk berkata cukup dan berterimakasih kepada Tuhan untuk berkat yang boleh kita nikmati hingga hari ini. Ada waktu untuk bekerja, ada waktu untuk berehat. Tuhan telah memberikan bahagian yang seimbang, bila kita harus bekerja dan bila kita harus berhenti dari rutin untuk mengevaluasi dan menyegarkan kembali jiwa kita.

Banyak orang yang kemurungan kerana kesibukan dalam pekerjaan, terlalu sibuk padahal sudah waktunya untuk rehat. Marilah kita renungkan untuk apa kita hidup? Apakah yang terpenting dan terutama yang harus kita keutaman. Jangan ubah keutaman terutama dan menukarnya dengan hal yang sia-sia dan menjaring angin. Ketika kita mengandalkan kekuatan diri sendiri dan bangga dengan pencapaian kerana hasil usaha sendiri, maka sudah waktunya kita harus waspada. Kerana pencapaian yang kita raih tak luput dari campur tangan Tuhan dan dalam sekejap Tuhan dapat menggoncang dan mengubah status kita yang serba berkelimpahan menjadi berkekurangan bahkan miskin dalam sekejap kerana kesombongan kita.

Jika kita telah mendapatkan pekerjaan yang kita ingini, mengucap syukurlah dan berikan yang terbaik yang kita miliki yang dapat kita persembahkan kepada Tuhan sebagai wujud rasa syukur kita kepada Tuhan. Berikan waktu yang terbaik, yang pertama, jangan hanya tinggal sisanya. Berikan persembahan dan persepuluhan yang benar maka Tuhan akan melipatgandakan berkat agar kita dapat menjadi saluran berkat. Rendahkan hati kita, akuilah Tuhan dalam segala hal dan selalu berpegang pada perintah dan janji Tuhan. Hiduplah selalu dalam kebenaran. Kerana hidup dalam jalan kebenaran Tuhan, hidup yang selalu menaati Tuhan dan percaya kepadaNya, hidup yang mengandalkan Tuhan dalam segala hal adalah hidup yang penuh erti, berlimpah kebahagiaan, penuh sukacita dan membawa kita kepada kehidupan yang berkemenangan.

"Berkat ada di atas kepala orang benar" (Amsal 10:6a).

Ingat! orang benar tidak mengejar berkat tapi orang benar dikejar berkat..

No comments:

Post a Comment