Wednesday 8 August 2012

ADAKAH KITA SEORANG YANG RENDAH HATI? CHECKED (QUALITI CONTROL YANG MUNGKIN TUHAN INGINKAN)

CERITA PERTAMA: KITA BERDOA SUPAYA KITA DIBERIKAN KARUNIA KERENDAHAN HATI. Tetapi apabila Tuhan memberikan kita rahmat kerendahan dengan mencabar setiap sikap kita setiap hari, maka kita mulai memberontak dan mempersalahkan satu sama lain, tapi sebenarnya itulah cara Tuhan memberikan kita karunia itu, iaitu tetap rendah hati. Jika karunia ini tidak serasi dengan hati kita, maka Tuhan tidak memaksa.

CERITA KEDUA: KITA INGIN MENJADI KUDUS SUPAYA MENJADI SETIA DIDALAM SEGALA HAL . Tetapi apabila Tuhan memberikan kita rahmat kesetiaan, kita mula mempersoalkan rahmat kesetiaan itu dengan selalu menjadi batu api, , membuka rahsia sahabat, tanpa menyelidiki, tanpa melihat kebaikan yang dia miliki, sebenarnya itulah cara Tuhan untuk kita tetap setia berdoa dan menjadi satu dengan orang yang kita doakan supaya permohonan kita bersama mereka akan sampai ke syurga seperti malaikat menyampaikan doa yang kita sampaikan kepada Allah Bapa Di syurga.

CERITA KETIGA: Semasa kita menghadiri majlis makan di rumah kawan, dan kita duduk di bahagian yang paling depan dengan kerusi yang halus dan cantik. Semasa orang mulai datang sehingga memenuhi ruangan itu, lalu salah seorang daripada tuan rumah berkata, tuan, silakan duduk di belakang sekali, sebab tempat duduk di depan adalah untuk mereka yang layak. Lalu kita mulai kita duduk di bahagian yang paling belakang dengan hati yang marah dan mulai memberontak, tetapi sebenarnya Tuhan sedang menguji kita, apakah karunia kerendahan hati yang kita terima, sama dengan hati kita?

CERITA KE EMPAT: Kita meminta karunia kerendahan hati dari Tuhan: Kita diberikan sebuah tempat tinggal untuk didiami oleh majikan kita didalam satu bilik didalam satu rumah, kita selesa tidur didalamnya dengan hawa dingin tetapi pada satu hari, majikan kita berkata “Bulan yang akan datang, kamu harus tinggal di rumah yang berkipas dengan katil yang bertingkat, hidup seperti pelajar, masak, makan sendiri.

Apabila kita mendengar semua itu, kita mulai tidak senang hati, takut kita dipanggil oleh kawan-kawan sebagai orang kampung dan tidak dapat berlagak seperti seorang kaya lagi. Tetapi sebenarnya Tuhan sedang menguji kita, apakah karunia itu sesuai dengan kerendahan hati yang kita terima dari Tuhan, adakah sebati dengan hati kita?

SEBAB IBLIS AKAN KALAH DENGAN ORANG YANG MEMPUNYAI KERENDAHAN HATI YANG DIMILIKI TUHAN. ITULAH SEBABNYA TUHAN MENGASIHI ORANG YANG RENDAH HATI SEBAB WALAUPUN DIA JATUH, DIA TETAP DAN MASIH MEMILIKI YESUS DI DALAM HIDUPNYA.

No comments:

Post a Comment