Wednesday 8 August 2012

‎~~BAGAIMANA IBLIS MENGGUNAKAN FIRMAN TUHAN UNTUK MENJATUHKAN MANUSIA?~~

Saya mengalami beberapa kali mengenai hal ini dan saya tahu, ada baiknya saya berikan kepada kita semua sebagai perkongsian semata dan untuk kepentinga bersama, daripada saya simpan.

Apabila kita menyalahgunakan firman Tuhan dan tidak kena pada tempatnya ataupun iblis sedang menggunakan firman Tuhan untuk menghancurkan manusia. Dan Tuhan memanggilnya sebagai masa-masa kebodohan. Kita boleh membuat discernment untuk mengetahui perkara ini secara senyap melalui Roh Kudus, didalam karunia membezakan roh. Kesilapan ini seringkali kita lakukan apabila kita merasa diri kita sudah berada di atas. Berhati-hati!

KAJIAN KES

Semasa kita mabuk dan tiada pengawalan diri sehingga kita membuat dosa, kita masih mengingati firman Tuhan “berbunyi seperti ini, “Jika pipi kananmu di tampar, mintalah tampar juga pipi kirimu”. Dan apabila kita dalam keadaan mabuk bertemu dengan isteri atau mungkin kita sebagai anak bertemu dengan bapa, dia akan menampar kita kerana kita berbuat dosa disebabkan kita mabuk, maka kita berkata “Biarlah mereka menampar saya kerana Yesus berkata “Kalau pipi kiri di tampar, berikan pipi kanan”.

Apabila kita menasihati seseorang dalam keadaan yang sombong, tiada kasih dan tidak rendah hati atau kita bergaduh semena-mena dengan seseorang disebabkan kita berdendam dengan dia, kita mempermalukan dia, dan orang yang merasa malu dan berdendam dengan kita kerana sikap kita, kita berkata “Saya mengampuni orang yang telah menyakiti hati saya tetapi sebenarnya kita yang memulakan pergaduhan itu dan kita berkata kepada orang yang kita sakitkan hatinya “Engkau harus mengampuni”. Dan selepas kita melepaskan dendam kita kepadanya dan orang yang kita sakitkan hati menjadi sengsara sehingga kehilangan segala-galanya, barulah kita katakan, Ok, saya mengampuni dia” dan kita terus berdiam diri.

Kita mengingati firman Tuhan “Tegurlah dia di bawah empat mata”.. Dan kita berdendam dan bergaduh dengan seseorang dengan tidak semena-mena, kita tidak pernah mengalah dalam hal merendahkan diri, lalu kita mempermalukan seseorang sehingga maruahnya jatuh, sama sekali sehingga tidak tahu di mana dia akan meletakkan mukanya.

Selepas kita menjatuhkan air mukanya, membuka semua rahsia tanpa usul periksa, yang sepatutnya diselesaikan bersama, lalu kita berkata “Tegurlah dia dengan empat mata”, tetapi teguran kita langsung tiada kasih, penuh dengan kemarahan dan caci maki dan masih menggunakan firman Tuhan untuk membuat teguran dengan cara yang salah.

Kita membuat teguran semasa seseorang itu sedang stress atau mengalami penolakan atau semasa sedang bergumul dengan sesuatu. Apabila kita menegur seseorang dalam keadaan yang stress , dalam keadaan yang tidak sesuai, orang itu mulai memberontak, kita mengatakan bahawa ada roh memberontak.

Cara kita menilai roh seperti ini sama sekali salah dan tidak alkitabiah kerana apa yang Tuhan inginkan apabila kita melakukan teguran, kita akan berada di dalam Galatia: 5: 22. Dua jenis kelembutan, satu dari buah roh kudus, kedua daripada kesombongan. Dari buahnya kita dapat mengenali ciri-ciri ini.

Tuhan tidak pernah mengingat masa-masa lalu yang sudah di ampuni tetapi iblis suka mengingati masa lalu anda yang sudah di ampuni. Apabila anda sudah berdoa hal itu, dan anda sudah mengampuninya atau sudah meminta keampunan daripada Tuhan, Tuhan tidak akan pernah mengungkitkan kisah lama kita yang sudah di ampuni.

Tetapi iblis suka mengingatkan kita yang sudah di ampuni oleh Tuhan dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian didalam hati kita.

No comments:

Post a Comment