Wednesday 8 August 2012

~ HIDUP KITA BUKAN KEBETULAN ~

Baca Firman TUHAN di Kolose 1:15-23
“Karena di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu, yang ada di sorga dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, baik singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa; segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia.” (Kolose 1:16)

Kehidupan ini berawal dari Tuhan. Segala sesuatu dalam dunia ini, termasuk Anda dan seluruh alam semesta ini dijadikan oleh Dia dan untuk Dia. Kerana itu kehidupan ini sebenarnya bukanlah urusan kita. Semua dalam kehidupan ini bersentral kepada Pencipta-Nya. Ayub 12:10 “Dalam tangan-Nya terletak nyawa segala yang hidup dan nafas setiap manusia.”

Di dalam setiap kehidupan ada ‘planning’ Allah. Adam dan Hawa diciptakan pada hari keenam, bukan hari pertama atau hari ketiga atau hari-hari sebelumnya di mana dunia belum sempurna. Tetapi manusia diciptakan setelah segala sesuatunya diciptakan, sehingga manusia boleh menikmati dunia ini. Kita ada bukan kerana kebetulan.

Kelahiran Anda bukan kerana kecelakaan, atau bukan kerana kesalahan ketika ber-KB atau bukan kerana ketidak-sengajaan. Bahkan, bukan juga kerana sudah diatur oleh ayah dan ibu kamu, Tuhan yang mengizinkan ibu kamu mengandung dan melahirkan. Anda lahir, bernafas dan menangis bukan kerana harus begitu atau permulaan alamiah. Bukan. Tetapi kerana Tuhan yang memberi nafas dan kehidupan, kerana Tuhan menghendaki Anda hidup.

Semak apa kata Alkitab: “Beginilah Firman Tuhan yang menjadikan engkau, yang membentuk engkau sejak dari kandungan….” (Yesaya 44:2). Kerana itu kita menolak pengguguran, kita juga harus banyak berdoa untuk keluarga muda yang menantikan anak, supaya Tuhan memberkati sejak dari kandungan, dijauhkan dari segala macam sakit penyakit. Kita semua dilahirkan ke dunia dengan maksud yang unik dan tujuan yang khas.

KALAU TUHAN YANG SUDAH MERENCANAKAN HIDUP KITA, BERARTI HIDUP KITA SUDAH DIJAMIN OLEH TUHAN.

No comments:

Post a Comment